Monday, December 20, 2010

Kemalangan Ngeri Bas di Simpang Pulai : 28 Maut

Senarai Nama Mangsa Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 25 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi Isnin.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia

2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)

3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)

4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)

5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)

6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)

7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)

8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)

9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)

10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)

11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)

12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)

13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)

14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)

15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)

16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)

17. Ekachai Na Bangxang, 64, (lelaki)

18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)

19. Rungnada Klungsawan (perempuan)

20. Darunee Songserm (perempuan)

21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)

22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)

23. Maliwan Mekmahaprom, 53, (perempuan)

24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)

25. Natkritta Poolsaeng, 6, (perempuan)

26. Weera Chuntanagon, (lelaki)

27. Areena Songserm (perempuan)

-- BERNAMA

Pemandu Bas Yang Maut Sempat Bawa Keluarga Melancong Ke Thailand

KANGAR, 20 Dis (Bernama) -- Omar Shahidan, 48, pemandu bas persiaran yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai Isnin, sempat melancong ke Haadyai, Thailand bersama isteri dan tiga anaknya baru-baru ini.

Selepas pulang dari Thailand, Allahyarham meneruskan tugasnya membawa sekumpulan pelancong negara gajah putih itu ke Cameron Highlands, namun keluarganya dikejutkan pula dengan nahas ngeri membabitkan bas persiaran yang dipandu beliau.

Sepupu Allahyarham, Julie Mahmud, 33, berkata selepas gagal menghubungi dua telefon bimbit Omar, beliau menelefon syarikat bas itu di Jitra, Kedah pada kira-kira 3.30 petang yang mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan bas miliknya.

Omar, 48, kemudian disahkan terbunuh bersama 26 yang lain termasuk seorang pemandu pelancong berketurunan Siam dalam kejadian 11.40 pagi itu.

Julie berkata, Omar yang baru tiga bulan memandu bas persiaran dua tingkat itu dijadualkan pulang ke rumahnya di Behor Empiang dekat sini, Selasa.

Beliau berkata anggota keluarga terdekat Allahyarham bergegas ke Ipoh sebaik mendapat pengesahan bahawa Omar terbunuh dalam tragedi tersebut kerana sebelum itu, mereka masih samar-samar berhubung nahas berkenaan, sehinggalah menonton berita mengenainya di televisyen pada 1 tengah hari tadi.

Tinjauan Bernama di rumah Allahyarham mendapati persiapan telah dibuat untuk menyambut jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi Selasa.

-- BERNAMA

Semua Pelancong Datang Dari Bangkok

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Semua pelancong Thai yang terlibat dalam kemalangan bas pesiaran dekat sini Isnin tiba di negara ini dari Bangkok pada 18 Dis.

Seorang daripada penumpang bas berkenaan Iuntnapa Chuchart, 53, berkata kumpulan mereka seramai 34 orang, kebanyakannya wanita.

"Kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk pulang ke tanah air bila kemalangan berlaku," kata beliau ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini malam Isnin.

Beliau cedera ringan dan dimasukkan wad bersama sembilan yang lain.

Dalam kemalangan itu, bas dua tingkat itu terbalik dan memasuki laluan sebelah dan menjunam ke dalam parit ketika menuruni jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di km 15 pada 11.40 pagi, mengakibatkan 27 orang terbunuh dan 10 cedera.

Kemalangan itu disifatkan paling buruk dalam sejarah negara.

Dua puluh dua daripada mereka maut di tempat kejadian.

Sementara itu, Polis Daerah Ipoh telah memaklumkan kepada Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur berhubung identiti mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata konsul Thailand di Pulau Pinang juga telah diberitahu.

"Kita juga telah bagi nama dan nombor pasport mangsa yang terlibat bagi proses menuntut mayat," katanya ketika ditemui di rumah mayat hospital berkenaan.

-- BERNAMA

0 comments:

Blogged.my