Tuesday, July 5, 2011

800 troli pasar raya dilarikan pencuri barangan lusuh


800 troli pasar raya dilarikan pencuri barangan lusuh

LONDON: Pencuri melarikan lebih 800 troli dari sebuah pasar raya menyebabkan pengurusan syarikat itu menanggung kerugian lebih RM309,000.

Menurut laporan media, kakitangan pasar raya Asda menyedari kejadian itu selepas mendapati satu demi satu barisan troli di premisnya hilang dalam tempoh 12 hari.

Dipercayai, troli berkenaan dicuri untuk dijual semula sebagai besi buruk.

Jurucakap Asda, Jo Newbould, berkata kecurian itu dilakukan di kawasan letak kenderaan di Pusat Beli-belah Eastgate di Basildon, Essex.

“Sejumlah besar troli diambil dari pasar raya kami,” katanya.

Menurut Newbould, polis menyiasat mengapa troli berkenaan dicuri dan mendapati ia bukan dilakukan pelanggan Asda.

Katanya, Asda menanggung kerugian kerana kos menggantikan troli berkenaan tinggi.

“Kami meminta semua pihak segera memaklumkan pihak berkuasa jika melihat sesiapa mencuri troli dan menyukarkan pengguna,” katanya. - DM

Admin: ehm rasanya kat Malaysia pun ada ramai Pencuri Troli, apataknya, kekadang bila araaz lalu dlm satu kwsn rumah cam kat shah alam, mesti ada troli yg bercat, entah2 pasaraya yg berdekatan punya..ehmm

0 comments: