Sunday, June 19, 2011

Tonton televisyen boleh mati awal?

Tonton televisyen boleh mati awal?

WASHINGTON - Menonton televisyen lebih dua jam sehari boleh menyebabkan kematian awal, menurut penyelidik Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 235,000 penduduk AS, sebanyak 20 peratus orang didapati berisiko mendapat penyakit diabetes, 15 peratus berisiko mendapat penyakit jantung dan 13 peratus lagi berisiko mati atas sebab-sebab lain.

Menurut Penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, kurang bersenam dan makan makanan ringan sambil menonton televisyen adalah punca di sebalik peningkatan risiko kematian terbabit.

“Kajian itu mengukuhkan lagi bukti yang sedia ada bahawa aktiviti tidak aktif seperti menonton televisyen boleh menyebabkan kematian awal, jika tidak dijaga,” katanya.

1 comments:

zai ruslan said...

yeke? saya suka sangat tengok tv. takutnye.

Blogged.my