 Antara  senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T  dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak,  Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.
Antara  senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T  dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak,  Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur, barangan itu dijumpai di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama setelah mendapat maklumat.
Menurut timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh, barangan itu termasuk bom petrol dan mercun yang dijumpai disembunyikan di pasu bunga di tiga lokasi manakala baju T BERSIH pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah berkenaan.
"Pada 4.30 pagi, dua orang awam  sedang menggunakan tandas di belakang Kompleks Pertama dan melihat tiga  lelaki dalam keadaan mencurigakan di mana mereka menaiki kereta Proton  Waja. "Kesemua  mereka bertopeng dan telah berhenti berdekatan tandas awam itu sebelum  menyembunyikan sesuatu dan kejadian itu disedari orang awam tersebut,"  katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Kesemua  mereka bertopeng dan telah berhenti berdekatan tandas awam itu sebelum  menyembunyikan sesuatu dan kejadian itu disedari orang awam tersebut,"  katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya  wartawan berhubung kemungkinan pertubuhan BERSIH 2.0 dikhianati dengan  perjumpaan barangan itu dirancang, Amar berkata pihaknya sedang  menyiasat semua kemungkinan.
“Kemungkinan besar  barangan itu akan digunakan semasa perhimpunan. Siasatan awal, mereka  akan gunakannya. Kami bimbang apa yang mungkin berlaku pada hari  tersebut,” katanya.
Buatan sendiri
Amar  Singh juga enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada BERSIH 2.0  tetapi apabila diasak wartwan, beliau mengambil sehelai baju T dan  menunjuk ke arahnya.
"Ini amat jelas,” kata Amar tanpa mengulas lanjut. 
 Menurutnya  ketiga-tiga suspek itu kemudian telah berhenti di tepi jalan  berhampiran sebuah restoran sebelum bergerak ke Wisma Bumi Raya yang  terletak kira-kira 150 meter dari restoran itu.
Menurutnya  ketiga-tiga suspek itu kemudian telah berhenti di tepi jalan  berhampiran sebuah restoran sebelum bergerak ke Wisma Bumi Raya yang  terletak kira-kira 150 meter dari restoran itu.
Amar berkata suspek kemudian bergerak dan berhenti di hadapan kompleks Sogo sebelum melarikan diri. 
Beliau  berkata polis kemudian dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan  gerakan mengesan barangan yang disembunyikan itu dilancarkan.
"Kira-kira pukul 6.30 pagi, semua barangan tersebut kemudian ditemui di dalam plastik hitam," katanya. Menurutnya  siasatan awal polis mendapati bom petrol atau molotov cocktails itu  dipercayai buatan sendiri dan boleh membunuh orang jika digunakan dan  selain itu, polis telah mengambil beberapa sampel cap jari yang ditemui  di beberapa
Menurutnya  siasatan awal polis mendapati bom petrol atau molotov cocktails itu  dipercayai buatan sendiri dan boleh membunuh orang jika digunakan dan  selain itu, polis telah mengambil beberapa sampel cap jari yang ditemui  di beberapa
senjata tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya. 
Tokong Cina
Sementara itu Utusan Malaysia Online  melaporkan polis juga merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan  sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14,  Jalan Gombak Lama Bentong, malam semalam. Laporan  itu turut menyebut rampasan berkenaan disyaki berkaitan perhimpunan  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.
Laporan  itu turut menyebut rampasan berkenaan disyaki berkaitan perhimpunan  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.
Akhbar  milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan  Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan  golongan komunis semasa zaman darurat.
Bernama  pula melaporkan dalam serbuan itu polis menemui lima buah beg pakaian  yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral  berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di  belakang sebuah tokong.
Tun Hisan berkata polis  menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang  memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan  plastik hitam. "Hasil  pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai  kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg  yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan  25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat  Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.
"Hasil  pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai  kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg  yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan  25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat  Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam. 
Beli parang
"Mereka  akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan  mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan  berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.  Beliau  berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan  Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan  1966.
Beliau  berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan  Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan  1966.
Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai  diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang  membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak  bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.
"Polis  tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila  berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan  pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap  ia serius dan mengancam keselamatan," katanya. Tun  Hisan berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung  bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44  tangkapan.
Tun  Hisan berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung  bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44  tangkapan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.
SUMBER: http://www.malaysiakini.com
 


 
 
 
 
 
 



 
 Posts
Posts
 
 
2 comments:
malaysia dah makin tak aman dan xselamat....inilah yang jadi bila ada pihak2 yang konon2 nak tunjuk semangat perjuangan tapi tak kena cara, tak kena tempat
aihhh...macam2 orang politik ni
Post a Comment