Thursday, March 3, 2011

Polis Jepun minta pertolongan Yahoo!


Polis Jepun minta pertolongan Yahoo!

TOKYO - Polis Jepun meminta pertolongan laman enjin pencarian :Yahoo!: untuk membantu memburu pemohon yang menggunakan internet untuk menipu dalam ujian kemasukan ke universiti elit, kelmarin.

Terdahulu, seorang pemohon didapati bersalah menggunakan telefon bimbit menghantar soalan ujian ke laman soal jawab Yahoo! bagi mendapatkan jawapan ketika ujian sedang dijalankan.

Polis melaporkan, penipuan seperti itu dipercayai dilakukan di empat universiti terkemuka di Tokyo dan Kyoto dalam ujian kemasukan musim bunga, baru-baru ini.

Ujian kemasukan ke universiti adalah kemuncak sistem persekolahan di Jepun bagi membolehkan pelajar memasuki kolej dan universiti berprestij di negara itu.

0 comments:

Blogged.my