Thursday, March 3, 2011

Kereta buruk dibeli RM7.6j

Kereta buruk dibeli RM7.6j

TEHERAN - Kereta milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dibeli pada harga AS$2.5 juta (RM7.6 juta) dalam satu sesi lelongan antarabangsa di Iran, kelmarin.

Kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 itu dibeli oleh sebuah syarikat yang mahu identiti dirahsiakan.

Peguam syarikat itu, Mahmoud Esari berkata, firma itu berminat membeli kereta tersebut kerana mengagumi keperibadiaan Ahmadinejad yang merendah diri dan keberanian menentang Zionis.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Negara yang mengendalikan lelongan itu mengumumkan lebih setengah juta pembida mendaftar melalui laman sesawang.

Pada 1 Januari lalu, Ahmadinejad melancarkan laman sesawang www.ahmadinejad-car.com untuk menjemput rakyat antarabangsa membida kereta miliknya.

Wang yang diperoleh akan digunakan sebagai dana membina 60,000 rumah untuk golongan wanita kurang upaya dan keluarga mereka.

Sumber: SHarian

0 comments: