Friday, March 4, 2011

China guna burung merpati hantar pesanan


China guna burung merpati hantar pesanan

BEIJING - Tentera China masih menggunakan khidmat burung merpati untuk menghantar pesanan kepada pasukan yang bertugas walaupun diketahui dunia mempunyai jet pejuang dan peralatan ketenteraan canggih.

Askar negara itu mula melatih 10,000 burung merpati tahun lalu sebagai sebahagian daripada rancangan 'tentera merpati simpanan' sebagai menyokong infrastruktur komunikasi tradisional ketika berperang jika teknologi moden tidak boleh digunakan.

Pakar tentera, Chen Hong berkata, burung ini akan ditempatkan di setiap pangkalan komunikasi sekitar kawasan terpencil China dan pergunungan barat daya negara itu, terutama di sekitar kaki bukit Himalaya.

Khidmat burung merpati telah digunakan di China sejak lebih seribu tahun lalu

1 comments:

Encik Blogger said...

memang terbaek... agak2 kalu sini pakai cmne ye..