Saturday, February 5, 2011

WikiLeaks dicalonkan Hadiah Nobel Keamanan

WikiLeaks dicalonkan Hadiah Nobel Keamanan

OSLO - Laman pembocor maklumat WikiLeaks telah dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Kemanan pada tahun ini oleh seorang ahli politik muda Parti Sosialis Norway.

Snorre Valen menyatakan laman WikiLeaks yang diasaskan oleh Julian Assange itu adalah salah satu penyumbang terpenting yang memberikan kebebasan untuk bersuara dan lebih telus pada abad ini.

Ahli Parlimen Parti Berhaluan Kiri berumur 26 tahun itu juga mengumumkan pencalonan itu di dalam blog beliau.

Sebelum ini, WikiLeaks telah membongkar puluhan ribu dokumen diplomatik sulit milik Amerika Syarikat (AS) yang turut menjejaskan kepentingan AS dalam usaha untuk menjalinkan hubungan damai dengan negara luar.

Valen berpendapat pendedahan maklumat mengenai amalan rasuah, pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang yang dilakukan oleh laman pembocor maklumat itu melayakkan ia dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel Kemanan.

Sumber: SInar Harian

http://fb.me/araazman1

0 comments: