Tuesday, June 25, 2013

Linda Pakai Seksi, Beego Digelar Suami Dayus?

Setelah melangsungkan pernikahan 7 Jun lalu, pasangan selebriti terkenal, Linda Hashim dan Beego memilih Bali sebagai destinasi pilihan bulan madu mereka. Pasangan ini telah terbang ke Bali, Indonesia pada 19 Jun lalu dan sepanjang berada di sana, foto-foto bulan madu mereka telah dirakamkan oleh jurufoto rasmi, Ryaniez Moments Photography. Amboi, siap bawa jurugambar…
Buat peminat-peminat di Malaysia, Linda juga tidak lupa berkongsikan beberapa fotonya bersama si suami melalui laman Instagram miliknya. Namun menerusi sekeping foto yang dimuat naik, pelakon wanita ini telah menerima pelbagai kritikan daripada peminat sehingga ada yang mempertikaikan tanggungjawab Beego sebagai seorang suami dalam menangani pakaian isteri tersayang.
capture-20130624-105459
Menurut segelintir peminat, pakaian yang digayakan oleh Linda terlalu seksi dan sebagai orang melayu pelakon tersebut tidak sepatutnya menggayakan pakaian sebegitu. Tapi masih ada peminat yang menyokong tindakan Linda dan turut mempertikaikan respon peminat yang mengkritik cara pemakaian pelakon kesayangan mereka itu.
Beego-Linda-komen1
Teguran peminat kepada Linda tu mungkin juga kerana mereka sayangkan Linda. Betul, memang susah nak puaskan hati semua orang? Tapi dalam hal ini rasanya, Beego sebagai suami juga ada baik juga kalau dinasihatkan si isteri agar tidak nanti terus menjadi bahan keji orang ramai.
Linda-Beego-copy
Dan terpulang juga kepada individu untuk membuat penilaian kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
Sumber: SkyNigh

Pesta Mandi Buih: Masuk Dengan Tiket Khas RM40

KUALA LUMPUR: Hanya pengunjung mempunyai tiket khas dibeli dengan harga RM40 sahaja dibenarkan masuk untuk menyertai pesta mandi buih anjuran sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng yang diserbu pihak berkuasa, kelmarin. Harian Metro sebelum itu menerima maklumat penganjuran pesta mandi buih itu seminggu lebih awal dan terus membuat penyiasatan serta risikan bagi memudahkan penyamaran untuk masuk ke premis itu.
Malah, difahamkan aktiviti itu yang dianjurkan dua tahun sekali iaitu pada Jun dan Disember oleh pihak penganjur turut disertai beberapa artis serta selebriti tanah air bagi merancakkan pesta itu.
mandi-buih1
mandi-buih2
Wartawan yang berjaya mendapatkan tiket itu berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat serbuan ke premis itu dan mereka bersetuju membantu Harian Metro mendedahkan pesta terbabit.
Difahamkan premis itu yang mula dibuka seawal jam 9 malam dan ditutup jam 3 pagi turut menjadi tumpuan pasangan kekasih dan pasangan gay memadu asmara sambil bermain buih di dalam kolam disediakan sambil menari mengikut rentak muzik yang dipasang penganjur.
Wartawan masuk ke premis menggunakan tiket diperoleh jam 10 malam bagi melakukan penyamaran dan ketika itu pesta mandi buih baru bermula namun pengunjung masih tidak ramai. Premis satu tingkat itu turut menyediakan ruang bar bagi mereka ingin minum minuman keras di tingkat bawah sementara tingkat atas dikhaskan kepada pengunjung ingin suasana privasi.
Bagi acara pesta mandi buih pula ia diadakan di tepi pintu masuk premis terbabit di mana pihak penganjur menyediakan kolam kecil kepada pengunjung yang ingin menikmati aktiviti itu.
Hasil penyamaran itu, wartawan mendapati pengunjung bertambah ramai pada jam 12 tengah malam namum belum ada kelibat artis dan selebriti ketika itu. Namun menyedihkan ramai pengunjung beragama Islam tanpa segan silu menyertai aktiviti maksiat itu.
Pengunjung ke premis itu dianggarkan melebihi 200 orang dan sebahagiannya hanya memerhati dari tingkat atas aksi ghairah teman mereka mandi buih sambil meneguk minuman keras.
Kemudian sekitar jam 1 pagi, Jawi bersama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sudah bersedia di luar bertindak menyerbu premis terbabit sebaik dimaklumkan wartawan kehadiran ramai pengunjung beragama Islam.
Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik. Sementara itu, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad bekata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Harian Metro kerana sudi menyalurkan maklumat berhubung penganjuran pesti mandi buih terbabit.
Metro Ahad semalam melaporkan tiga pelajar Sijil Pelarajan Malaysia (SPM) memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi kelmarin.

Tidak Mahu Menjadi Beban, Percintaan Hanez Suraya Dan Awi Rafaael Berakhir

Bagi mereka yang mengikuti kisah percintaan di antara Hanez Suraya dan juga Awi Rafael pasti tidak menyangka hubungan yang telah terjalin selama setahun akhirnya menemui pengakhiran.

Menurut kenyataan Hanez hubungannya bersama penyanyi kelahiran Singapura itu mengalami masalah dan pelbagai usaha telah dilakukan namun hubungan tersebut tidak dapat diselamatkan.



“Saya enggan terburu-buru kerana selama ini peminat begitu senang melihat hubungan kami berdua. Namun saya terpaksa terima hakikat bahawa hubungan kami tidak dapat diselamatkan lagi selepas beberapa kali mencuba.”

Bukan tidak sayang namun disebabkan sikap Awi yang hanya mendiamkan diri dan seperti tidak memberikan respon yang sepatutnya kepada hubungan mereka membuatkan Hanez sedar bahawa dia perlu menguatkan diri untuk terus fokus dengan kerjayanya.


Seperti bermain teka teki jawapan Hanez kepada hubungan cintanya, cita-cita Awi Rafael amat tinggi dan membuatkan Hanez menarik diri dari terus membebankan Awi dengan percintaan mereka.

“Memikirkan perjalanan kariernya yang masih panjang, jalan terbaik adalah menarik diri dari terus menjadi beban dalam hidup Awi.”

Sebelum berakhir, Hanez sempat memberitahu bahawa selepas putus dia sama sekali tidak memusuhi Awi malahan mendoakan kejayaannya.

Sumber: skynigh

Info : Apa Itu ‘Telefon Bimbit’ Ori Set, AP Set & Underwater Set?

Terdapat tiga jenis henfon, bukan tiga jenama henfon, tapi tiga jenis bentuk edaran henfon iaitu:
  • Original Authorised Set
  • AP Set (Diimport secara sah)
  • Underwater Set (Henfon seludup)
Original Authorised Set (ORI)
Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, SonyEricsson, Siemen dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya. 



Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga. 


Cari sahaja cawangan NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri-negeri seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan apabila telefon masuk air pun!

Berikut adalah senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:
  • NOKIA – Zitron, Avaxx dan I-mobile/Samart.
  • SAMSUNG – FMG (Sole Distributor)
  • Motorola – FMG, Brightstar dan I-Mobile/SAMART
  • SonyEricsson -Midland, Thorus dan T-Choice.
Itulah antara Syarikat yang merupakan pengedar yang sah di Malaysia. Selain daripada itu adalah pengedar tidak sah walaupun mereka dakwa ORI set. Selain daripada jaminan yang boleh menenangkan jiwa, anda juga boleh menyertai Club2 dalam internet yang disediakan oleh Samsung / Sony Ericson atau lain-lain dengan memasukkan no siri telefon yang original anda.

AP SET?
Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.
Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Terutama apabila telefon mempunyai masalah sehingga Charger dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan yang original daripada kilang telefon itu sendiri.

Underwater Set Pula?
Underwater set ialah henfon yang dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh penjual sahaja. Ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.
Antara AP dan Underwater ini kadang-kadang saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda periksa di telefon anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah underwater, atau pun sekurang-kurangnya AP.

Jadi, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.

BAGAIMANA NAK CAM???
Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;

Paling utama:
anda kena lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.

Kedua:
anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.

Ketiga:
No Siri telefon: IMEI di belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.
Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual-penjual di kedai telefon bimbit. Sekurang-kurangnya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.
Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI lagi selamat.

Credit: Ahmad Sufyan Che Abdullah

Anis Nabilah Bidas Tuduhan Tak Amalkan Ajaran Islam

 Jika sejak beberapa bulan lalu, program Dream Sisters yang disiarkan setiap Selasa, jam 6.37 petang di saluran TV9, mendapat kritikan pedas daripada penonton. Program yang didakwa meniru program Keeping Up With Kardashian itu dikatakan syok sendiri. Terbaru timbul pula isu bahawa program tersebut dikatakan menyimpang dari sudut agama Islam.
Sekaligus Chef selebriti Anis Nabilah menerima kritikan, menuduh dirinya dan keluarga tidak mengamalkan ajaran agama Islam di rumah dengan hanya berbekalkan secebis kisah kehidupan realiti mereka dipaparkan di kaca TV.
Menjawab tuduhan yang dilemparkan menerusi beberapa laman sesawang internet itu, Chef Anis mengakui terkejut dan terkilan dengan dakwaan sedemikian dan menyifakat tuduhan itu sangat melampau.
“Saya terkesima dan terkejut mendengar perkara ini. Saya tidak tahu kenapa timbul komen sebegitu. Walaupun program itu tidak menunjukkan amalan Islam seperti solat tetapi unsur-unsur Islam lain masih ada dan kami adik-beradik dibesarkan dan dididik berteraskan agama Islam. Contohnya, majlis akad nikah adik saya dilangsungkan di dalam masjid dan mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam”, katanya.
Chef Anis juga berkata setiap hari dia berdoa supaya diberikan hidayah kepadanya untuk berhijab. Tegasnya, sepanjang rancangan itu mereka adik beradik hanya menjadi diri mereka.
“Adalah tidak adil untuk bercakap begitu kepada kami, malah rancangan itu fokusnya adalah kerjaya kami dan usaha untuk memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya”,
“Saya merupakan peminat program realiti TV dan kerana Dream Sisters sahaja memperjudikan nama saya sebagai seorang chef selebriti untuk menerima tempias negatif sebegini. Rancangan itu menunjukkan cara untuk mencapai impian dan saya tidak perlukan publisiti murahan untuk mencari rezeki”, ujarnya.
Sumber: Skynigh

Monday, June 24, 2013

24.06.2013: Mahkamah: Polis dimaklum awal kehadiran Sulu


24.06.2013
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa anggota polis, yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah, telah dimaklumkan mengenai sekumpulan warga asing memasuki negeri ini menerusi Semporna.
   
Saksi yang dilindungi itu, memberi keterangan dari bilik saksi, memberitahu mahkamah beliau pergi berjumpa Detektif Koperal Hassan Ali Basari pada Januari untuk memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.
   
Hassan, 55, dari Semporna, dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.
   
Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
   
Saksi itu berkata beliau dihampiri oleh 20 lelaki, memakai pakaian berjalur berwarna jingga, di Bongao di Filipina, yang mencari sebuah bot yang boleh mambawa mereka ke Simunul di Semporna.

Katanya beliau ternampak perkataan ‘Royal Sulu Force’ tertera pada pakaian mereka.
   
Katanya beliau mendengar lelaki berkenaan berbual sesama mereka dalam bahasa Suluk dan mendapati 1,500 lelaki sedang berkumpul di Simunul.
   
Saksi itu berkata beliau mendengar alasan mereka berkumpul adalah untuk memasuki Sabah kerana mereka mahu menuntut negeri ini.
   
Beliau memberitahu mahkamah yang beliau mengingatkan tertuduh supaya tidak mengabaikan maklumat itu.
   
Tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh, manakala Datuk Nordin Hassan mengetuai pihak pendakwaan.
   
Turut hadir isteri dan dua anak tertuduh.
   
Perbicaraan di hadapan Hakim P. Ravinthran bersambung esok. - Bernama

Berita yang ditunggu tunggu oleh kakitangan kerajaan,PM Akan Tentukan Bonus Penjawat Awam 25 Oktober Ini - KSN


Najib Tun Razak
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.
"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin.
Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.
Pada Ahad, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.
Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.
"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.
"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.
Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.
"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. 
BERNAMA

Gambar Superb Sekitar Himpunan Black 505 22 Jun 2013

Gambar Terbaik Sekitar Himpunan Blackout 505 #Black505 22 Jun 2013 | Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat tetap meneruskan acara kemuncak perhimpunan ‘Black 505′ di Padang Merbok, Kuala Lumpur siang tadi bagi merealisasikan 3 tuntutan utama mereka.
Kumpulan perserta telah berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Tujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.










Sumber: fuh


Bukti Gambar Mesra Farah dan Shah Jazlee Yang Beliau Tunjukkan

Farah Nurizzati Salleh terpaksa mendedahkan aksi mesra bersama Shah Jaszle kerana tindakan emosional Shah Jaszle yang datang menyerangnya di tempat kerja di sebuah bank Bangsar Utama, sehingga menyebabkan dia kehilangan kerjaya dalam tempoh 24 jam, kini Farah tampil dengan bukti kukuh untuk mengesahkan kenyataannya sebelum ini sebagai bukan setakat cakap kosong. 


Pendedahan ini dibuat oleh Farah menerusi Harian Metro semalam selepas Shah Jaszle masih terus menafikan yang mereka berdua tidak pernah bercinta seperti didakwa Farah sebelum ini. Terdapat tiga gambar yang telah didedahkan oleh Farah. Gambar-gambar berkenaan menunjukkan mereka berdua kelihatan begitu mesra seperti pasangan bercinta. Selepas Shah Jaszle melihat ketiga-tiga gambar ini, apa pula reaksi beliau seterusnya esok? Kita tunggu dan lihat saja. 


Sumber : kisahemasputih

INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) 24-06-2013 (Monday)

Latest Updated : 24-06-201323-06-2013 22-06-2013 21-06-2013 20-06-2013 |

AIR POLLUTANT INDEX (24-06-2013)

AIR POLLUTANT INDEX (API)
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)
24-06-2013 (Monday)

Maklumat Titik Panas (NOAA18)/Hotspots Information (NOAA18)
Map data ©2013 Google, MapIT - Terms of Use
Map
Satellite
Hybrid

7:00AM

API

Status

Areas

%

0-50Good27%
51-100Moderate2751%
101-200Unhealthy1936%
201-300Very Unhealthy35%
>301Hazardous11%






NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi78*##
JohorLarkin Lama111*##
JohorMuar148*##
JohorPasir Gudang83*##
KedahAlor Setar63*##
KedahBakar Arang, Sg. Petani75*##
KedahLangkawi58*##
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu108*##
KelantanTanah Merah90*##
MelakaBandaraya Melaka182*##
MelakaBukit Rambai260*##
Negeri SembilanNilai145*##
Negeri SembilanPort Dickson335*##
Negeri SembilanSeremban153*##
PahangBalok Baru, Kuantan198*##
PahangIndera Mahkota, Kuantan171*##
PahangJerantut106*##
PerakJalan Tasek, Ipoh70*##
PerakKg. Air Putih, Taiping63*##
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh79*##
PerakSeri Manjung141*##
PerakTanjung Malim128*##
PerlisKangar62*##
Pulau PinangPerai72*##
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai79*##
Pulau PinangUSM70*##
SabahKeningau78*##
SabahKota Kinabalu76*##
SabahSandakan50*##
SabahTawau39*##
SarawakBintulu75*##
SarawakILP Miri75*##
SarawakKapit63*##
SarawakKuching70*##
SarawakLimbang72*##
SarawakMiri81*##
SarawakSamarahan74*##
SarawakSarikei85*##
SarawakSibu85*##
SarawakSri Aman64*##
SelangorBanting178*##
SelangorKuala Selangor117*##
SelangorPelabuhan Kelang296*##
SelangorPetaling Jaya198*##
SelangorShah Alam157*##
TerengganuKemaman249*##
TerengganuKuala Terengganu95*##
TerengganuPaka159*##
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur191*##
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur157*##
Wilayah PersekutuanLabuan82*##
Wilayah PersekutuanPutrajaya155*##
 Nota / Note 
       *   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)            d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)          & =  Lebih daripada satu pencemar
       
       
 Pengiraan IPU

      Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, 
      NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi 
      diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, 
      kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar 
      yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. 


 Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) 

      Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon 
      adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah 
      pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap 
      yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi 
      membentuk ozon di permukaan bumi.   

Blogged.my