Tuesday, June 25, 2013

Pesta Mandi Buih: Masuk Dengan Tiket Khas RM40

KUALA LUMPUR: Hanya pengunjung mempunyai tiket khas dibeli dengan harga RM40 sahaja dibenarkan masuk untuk menyertai pesta mandi buih anjuran sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng yang diserbu pihak berkuasa, kelmarin. Harian Metro sebelum itu menerima maklumat penganjuran pesta mandi buih itu seminggu lebih awal dan terus membuat penyiasatan serta risikan bagi memudahkan penyamaran untuk masuk ke premis itu.
Malah, difahamkan aktiviti itu yang dianjurkan dua tahun sekali iaitu pada Jun dan Disember oleh pihak penganjur turut disertai beberapa artis serta selebriti tanah air bagi merancakkan pesta itu.
mandi-buih1
mandi-buih2
Wartawan yang berjaya mendapatkan tiket itu berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat serbuan ke premis itu dan mereka bersetuju membantu Harian Metro mendedahkan pesta terbabit.
Difahamkan premis itu yang mula dibuka seawal jam 9 malam dan ditutup jam 3 pagi turut menjadi tumpuan pasangan kekasih dan pasangan gay memadu asmara sambil bermain buih di dalam kolam disediakan sambil menari mengikut rentak muzik yang dipasang penganjur.
Wartawan masuk ke premis menggunakan tiket diperoleh jam 10 malam bagi melakukan penyamaran dan ketika itu pesta mandi buih baru bermula namun pengunjung masih tidak ramai. Premis satu tingkat itu turut menyediakan ruang bar bagi mereka ingin minum minuman keras di tingkat bawah sementara tingkat atas dikhaskan kepada pengunjung ingin suasana privasi.
Bagi acara pesta mandi buih pula ia diadakan di tepi pintu masuk premis terbabit di mana pihak penganjur menyediakan kolam kecil kepada pengunjung yang ingin menikmati aktiviti itu.
Hasil penyamaran itu, wartawan mendapati pengunjung bertambah ramai pada jam 12 tengah malam namum belum ada kelibat artis dan selebriti ketika itu. Namun menyedihkan ramai pengunjung beragama Islam tanpa segan silu menyertai aktiviti maksiat itu.
Pengunjung ke premis itu dianggarkan melebihi 200 orang dan sebahagiannya hanya memerhati dari tingkat atas aksi ghairah teman mereka mandi buih sambil meneguk minuman keras.
Kemudian sekitar jam 1 pagi, Jawi bersama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sudah bersedia di luar bertindak menyerbu premis terbabit sebaik dimaklumkan wartawan kehadiran ramai pengunjung beragama Islam.
Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik. Sementara itu, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad bekata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Harian Metro kerana sudi menyalurkan maklumat berhubung penganjuran pesti mandi buih terbabit.
Metro Ahad semalam melaporkan tiga pelajar Sijil Pelarajan Malaysia (SPM) memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi kelmarin.

0 comments: