Friday, May 24, 2013

Tips Tambah “Like” Ke Facebook Page Anda



Laman Facebook ialah satu alat yang bernilai untuk perniagaan anda, terutamanya jika anda menggunakannya sepenuhnya. Sekiranya anda menggunakan laman Facebook dengan betul, ia boleh membantu membawa trafik yang khusus dan meningkatkan jualan anda. Selain itu, laman Facebook juga boleh membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet dan pada masa yang sama membina penjenamaan anda untuk jangkamasa panjang. 
Tapi bagaimana untuk meningkatkan jumlah peminat anda? Bagaimana untuk mendapatkan mereka menekan butang ‘Like’ itu?
Terdapat pelbagai strategi berkesan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan jumlah peminat anda di portal Facebook. Di antaranya adalah anda boleh menganjurkan peraduan, berkongsi kisah, mengadakan aktiviti penghargaan pelanggan, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian peminat-peminat anda, dan menggalakkan mereka untuk membawa orang lain ke laman Facebook anda.
Mari kita lihat 4 tip mudah yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan senarai peminat laman Facebook anda:
1. Minta bantuan daripada kawan-kawan anda
Memulakan laman Facebook adalah mudah. Mendapatkan orang untuk sukakannya dengan menekan butang ‘Like’ di peringkat awal mungkin agak sukar. Jangan takut meminta bantuan kawan-kawan anda untuk menyokong laman Facebook anda. Minta bantuan mereka untuk turut serta dalam perbincangan di laman anda, dan lakukan perkara yang sama untuk mereka atau berikan mereka publisiti dalam bentuk lain. Lebih mudah untuk meminta bantuan kawan-kawan anda dan anda tidak perlu risau dituduh melakukan ‘spamming’. Sekiranya mereka merupakan sahabat sebenar anda, sudah pasti mereka tidak akan keberatan untuk membantu anda.
2. Gunakan sepenuhnya fungsi ‘Acknowledgment’ dan ‘Tagging’
Fungsi ‘tagging’ dalam status ialah satu alat membina rangkaian yang amat hebat dan ia boleh digunakan untuk mendapatkan trafik baru ke laman Facebook anda. Jangan takut untuk melakukan ‘tag’ kepada seorang penulis atau laman Facebook lain yang amat popular untuk mendapatkan perhatian. Namun, lakukan ini jika anda mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya. Jika tidak, anda dengan mudah boleh dituduh sebagai melakukan spamming.
3. Pastikan anda turut serta di luar laman Facebook anda
Lakukan fungsi carian dan direktori Facebook untuk membantu anda mencari laman Facebook lain dalam niche anda. Kemudian cari pula ruang perbincangan lain yang berkaitan yang anda boleh turut serta. Ini adalah cara yang hebat untuk mendapatkan peminat baru ke laman anda. Jika mereka mempunyai minat yang sama seperti anda, sudah pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk menjadi sahabat dan melakukan Like pada laman Facebook anda.
4. Kerjasama dengan pemilik laman Facebook yang lain untuk mengadakan upacara istimewa
Anda boleh berkerjasama dengan pemilik laman yang lain untuk mengadakan upacara istimewa yang boleh menguntungkan peminat-peminat daripada kesemua laman yang terlibat, dan pada masa yang sama mendapatkan pelawat baru yang boleh sukakan laman anda dan menjadi peminat anda. Sebagai contoh, anda boleh menjadualkan sidang konferens secara online yang mengajar pengguna baru bagaimana untuk membina laman Facebook yang berjaya. Ini akan membawa pelawat baru ke semua laman yang turut serta dan mereka boleh menjadi peminat baru anda. Namun anda perlu pastikan kesemua laman Facebook yang anda lakukan kerjasama itu adalah dalam pasaran niche yang sama atau berkait dengan laman anda. Tambahan lagi, upacara yang anda rancang dengan pemilik laman lain perlulah mempunyai kaitan dengan kesemua laman anda.
Itulah dia 4 tip mudah untuk membantu anda meningkatkan jumlah ‘Like’ dan senarai peminat anda di portal Facebook.
~L.Blogger

0 comments: