Thursday, April 4, 2013

AWAS ORANG KETIGA!

AWAS ORANG KETIGA!
Kuala Lumpur: Penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dan meluas terhadap orang ketiga yang menyebabkan perceraian sewajarnya dapat menjadi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat supaya menjauhi tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan. 

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Fadhlina Siddiq berkata, tidak ramai pasangan suami isteri yang menyedari terdapat peruntukan berkenaan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hingga masalah orang ketiga dalam rumah tangga kebiasaannya berakhir dengan perceraian. 

 “Hukuman berkenaan secara tidak langsung juga memberi isyarat supaya tiada siapa sepatutnya berani mengganggu rumah tangga orang lain apatah lagi dengan peningkatan kes perceraian ketika ini.

0 comments: