Friday, March 23, 2012

Apa Itu Generasi X, Y, Z?

Apa Itu Generasi X, Y, Z?

Generasi Y selalu dikaitkan dengan kehendak untuk berhubung melalui blog, chat room atau jenis Social Media yang lain. Ramai sebenarnya tak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Generasi X, Y atau Z. Apakah signifikannya terhadap kehidupan kita dan dari manakah datangnya definisi ini?

Definisi mengenai jenis generasi ini sebenarnya diuukur mengikut jumlah penduduk di Barat. Generasi berkembang di dalam persekitaran sosio ekonomi yang berbeza. Sedikit sebanyak ini memberi kesan kepada cara berfikir, semangat, pengaruh dan kekuatan generasi itu sendiri.

Berikut ialah nama generasi serta tahun kelahiran yang diwakilinya:

1. Lost Generation – juga dikenali dengan “Generation of 1914″ di Eropah. Mereka ialah orang yang berjuang di dalam Perang Dunia Pertama. Tiada data untuk tahun kelahiran digunakan untuk mengenalpasti mereka dalam generasi ini.

2. Greatest Generation – juga dikenali dengan “G.I. Generation” ialah mereka yang berjuang di dalam Perang Dunia Kedua. Tahun kelahiran ialah sekitar 1901 hingga 1924.

3. Silent Generation – lahir dari tahun 1925 hingga 1945. Juga digelar “children of the Great Depression” – zaman kemelesetan teruk yang memberi kesan mendalam kepada generasi ini.

4. Baby Boom – lahir selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga 1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.

5. Generation X – juga dikenali dengan 13th Generation dan Baby Busters – tiada tahun kelahiran tepat yang dipersetujui secara universal. Mereka yang dilahirkan di penghujung 1960 an hinggalah awal 1980 an (tidak lebih dari 1982).

6. Generation Y - Millenial Generation, Generation Next, Net Generation, Echo Boomers – Juga tiada kesepakatan tentang tahun kelahiran, selalunya merujuk kepada mereka yang lahir pada penghujung 1970 an hingga awal 2000.

7. Generation Z – Generation I, Internet Generation, Generation Text – tahun kelahiran dari awal 1990 an.

Sumber: terjemahan dari Wikipedia
Categories: , ,

0 comments:

Blogged.my