Monday, August 15, 2011

Treler mewah milik Kutcher untuk disewa

Treler mewah milik Kutcher untuk disewa


TRELER mewah yang dimiliki Ashton Kutcher.


LOS ANGELES - Aktor terkenal, Ashton Kutcher mempunyai kediaman mewah di dalam sebuah treler yang disewakan untuk para selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini isteri Kutcher, Demi Moore pernah menggunakan treler dua tingkat itu yang memiliki ukuran panjangnya 16 meter (m) dan seberat 30 tan.

Treler itu mempunyai teknologi hidraulik bagi menampung ruang skrin wayang tiga dimensi, ruang tamu yang luas dan dua bilik mandi.

Ia juga mempunyai dapur yang mempunyai hiasan granit dan ruang persidangan.

Di luar treler itu, terdapat kamera keselamatan dan apabila loceng pintu dibunyikan, bunyi sistem stereo dan televisyen akan tergendala.

Televisyen di dalam treler itu akan menyiarkan imej individu yang menekan loceng tersebut.

Sistem imbasan ibu jari tangan turut dipasang di pintu masuk ke bilik tidur utama.

Selebriti lain yang pernah menggunakan treler rekaan Ron Anderson dari firma Anderson Mobile Estates itu ialah Mariah Carey, Sharon Stone dan Vin Diesel.

Bayaran AS$8,750 (RM26,263) dikenakan kepada pelanggan yang mahu mendiami treler tersebut selama seminggu. - Agensi

Kosmo

FB: http://fb.me/araazman1

0 comments: