Tuesday, January 4, 2011

TV3 siasat Karam Singh Walia

TV3 siasat Karam Singh Walia


KARAM SINGH WALIA


PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Sumber: KOSMO

1 comments:

9W2URY said...

Siasat jangan tak siasat..
Jgan lah kuman seberang laut nmapak dilihat, tapi gajah depan mata tak nampak...
Telunjuk lurus, kelingking berkait...(sambil angkat2 tangan...)

hehehe