Saturday, March 31, 2012
Thursday, March 29, 2012
Posted by araaz on 10:45 AM with No comments
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMnPihD-NjHpp6pPPAvsXWI3f-FVUOL6hfbNAg-0-r-4y28PIYvGQ_vCscfn3m4lrGbGE41OQW4Z2Ch9y6_T2dlyCLb79r4EAXAfLFSD37o1IqIWirkHe3m6nHiNGnqGtjyZQLpFfXHZ4/s200/putri-ayah1.jpg)
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH...
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita
Tuesday, March 27, 2012
Posted by araaz on 6:39 PM with No comments
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-Tbw9n-QHLonBvHE6Wu9aP6YRyg0BUWvWW83SM2FFmSis5UdQijANA8CbD1nOLayy-LW0VrZtdbeJBsvWR0NPYk_fQGNxK-8R6PKcslfNqLa55vB4ml6LYjhH3NHpBll6sXwkvTvdmPw/s200/work.1304916.3.flat%252C550x550%252C075%252Cf.kasih-ibu.jpg)
KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !
Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
~mar rahman~
LIKE, SHARE & TAG
Monday, March 26, 2012
Posted by araaz on 11:58 AM with No comments
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijIF73KetQD9Eu9QrRw3k_vfg0XQceGKIkdtcXdb3BWx0X49Rutd8i1LWJOyUUU2JENs405WSLXdIbDefo-mQI6b3Ph-tVVw2AeucGcu1iqB-IZhzcpNkcc6WBL1jWiwhSTCrW379MS6s/s200/432087_10150608916317138_173092017137_9121927_728600867_n.jpg)
Kisah Itik dan Kura-Kura...
Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.
Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa
Posted by araaz on 7:49 AM with No comments
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6L8lUkKxl-CUuow4ifTQciK1NoxGo_IhJlkoPk90L3Q48CQ-Q__0rh89QJ363RnaSNz7dFXOO4SRgDRRDySQjoI2SUVrkw1HBKIt2wRTRs7Iv-Sfugtue7ENWHKTeRv6m1kn6w5oeiYs/s200/422917_385693248110196_100000085735674_1528422_687670824_n.jpg)
ALLAHU AKBAR.. BETUL KE???
WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARI BIDADARI SYURGA...
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab,
“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab,
“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga.
Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah
Friday, March 23, 2012
Posted by araaz on 8:15 PM with No comments
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtr-J_kpfBHXQmVtNhU4ei3G0_uCV1PRNecyicppSZ-2klCyl46Vt7gMbBwlxpzrqfLTdPtFle9wsqFRM82wKzAWsVlezp5ud6hR9Wv_Gq3RCMxmiAcnnkcd5ionifHnZ1h_MKDcWh_D4/s200/hamil2.jpg)
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
LIKE, SHARE & TAG
http://facebook.com/araazman1
Thursday, March 22, 2012
Posted by araaz on 10:10 PM with No comments
Kamera Perangkap Laju Kini Berdefinisi Tinggi
Oleh P. Aruna dan AUSTIN CAMOENS
![](http://mstar.com.my/archives/2011/9/21/mstar_berita/kamera.jpg)
KUALA LUMPUR: Apa jua alasan pemandu kenderaan selepas ini tidak akan diterima kerana kamera perangkap had laju polis trafik yang terbaru berdefinisi tinggi (HD).
"Kamera LT120-20 merakamkan imej dengan jelas. Nombor pendaftaran kenderaan dapat dilihat dengan amat jelas.
"Jika imej diambil dari sudut kanan, pemandu dan penumpang juga dapat dilihat dengan begitu jelas," kaa Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, ACP Mohd Fuad Abd Latiff kepada The Star di Bukit Aman di sini.
Ribuan pemandu kenderaan didapati memandu melebih had laju yang ditetapkan dalam tempoh empat bulan lalu.
Kesalahan tersebut berjaya dirakamkan menerusi lima kamera HD terbaru dan 36 alat pengesan kelajuan laser.
"Secara purata seramai 2,375 pemandu kenderaan dikesan memandu melebih had laju setiap hari. Kami juga masih dalam proses membeli sebanyak 25 kamera HD.
"Jika terdapat alat pengesan kelajuan lebih baik pada masa hadapan, kami tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya," kata Mohd Fuad.
Kamera HD (LTI 20-20) buatan Amerika Syarikat (AS) itu dianggar berharga AS$6,000 (RM17,000) dan berupaya merakam imej kenderaan yang melanggar had kelajuan dengan resolusi tinggi dari jarak 1.2km pada kelajuan 320 kilometer sejam.
Bukti rakaman video itu dikumpul bersama dengan imej berdefinisi tinggi yang mengenal pasti model, nombor pendaftaraan dan lakaran wajah pemandu kenderaan.
Saman itu kemudiannya dihantar kepada pemandu kenderaan dalam tempoh tujuh hari beserta imej sebagai bahan bukti.
![](http://mstar.com.my/archives/2011/9/21/mstar_berita/tucam.jpg)
Sementara itu, menurut sumber dari bahagian penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pengguna kenderaan diingatkan supaya mengawal had kelajuan mereka kerana pihaknya giat melakukan pemantauan di jalan raya.
Anggota penguatkuasa JPJ akan merakam kesalahan pengguna jalan raya menerusi kamera berdefinisi tinggi dengan menempatkan dua kamera digital di setiap negeri.
"Kami menerima banyak bantuan daripada orang ramai yang menghantar gambar pengguna kenderaan yang melakukan kesalahan seperti menggunakan laluan kecemasan dan melanggar lampu isyarat," kata sumber itu.
Dalam tempoh tiga minggu di antara 14 Ogos hingga 7 September ini, seramai 2,970 pengguna kenderaa didapati melakukan kesalahan menerusi kamera yang digunakan anggota penguatkuasa JPJ manakala 406 gambar dihantar oleh orang ramai dalam tempoh enam bulan pertama.
"Pesalah trafik akan menerima notis meminta mereka hadir ke temu duga dalam tempoh dua minggu dan jika gagal berbuat demikian mereka akan dikenakan penalti sebanyak RM200.
"Jika mereka gagal tampil, mereka akan dihadap ke mahkamah," kata sumber itu.
Tambahnya, imej yang diambil menggunakan kamera digital berkualiti tinggi dan membenarkan anggota penguatkuasa JPJ memfokuskan nombor pendaftaran kenderaan yang diambil dari jarak jauh.
"Berlainan daripada polis trafik, kami tidak akan menghantar gambar yang dirakamkan kepada pengguna kenderaan melainkan jika mereka mengaku tidak bersalah," katanya.
Thursday, March 8, 2012
Posted by araaz on 10:31 AM with No comments
~ SILA SEBARKAN~ KES INSIDEN SIBER MENINGKAT 88% PADA TAHUN 2011 BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA:
Ikuti Langkah-langkah mudah berikut untuk mencegah insiden keselamatan SIBER.
~Log keluar hapuskan cache anda & tutup browser selepas setiap kali transaksi dalam talian.
~Semasa melaksanakan urusan perbankan dalam talian elakkan akses dari kafe siber dan wi-fi awam.
~Berwaspada dengan e-mel yang meminta maklumat kewangan peribadi anda.
~Jangan anggap laman sesawang dengan logo bank yang betul adalah sah atau dalam talian.
~Elakkan perisian haram.Anda berhadapan risiko yang tinggi etiap kali melaksanakan perbankan &pembelian dalam talian.
INGAT! Jangan ambil risiko! Pastikan anda guna & melabur dengan membeli perisian yang asli.
Untuk Mendapat lebih maklumat mengenai penggunaan perbankan dalam talian dengan selamat, sila layari www.cybersecurity.my di bawah pautan CyberSAFE.
AMARAN kepada pengedar Komputer~
Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan sedang menjalankan operasi mencegah penjualan komputer yang dipasang dengan perisian cetak rompak. Pengedar berhadapan dengan risiko ditangkap dan dipenjara sekiranya didapati terlibat dalam aktiviti haram ni. Beri nasihat kepada pelanggan anda dan pastikan semua komputer baru dijual/dipasang dengan perisian asli dan memastikan keselamatan siber di Malaysia. Laporkan penjual komputer yang menyeleweng ke http://e-aduan.kpdnkk.gov.my.
mesej ini dibawa untuk anda sah dari:
~Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepnggunaan.
~CyberSecurity Malaysia.
~SAFE WITH GENUINE
Wednesday, March 7, 2012
Posted by araaz on 10:43 AM with No comments
Most amazing compact table and chairs: Is the design weird? | |
|
Subscribe to:
Posts (Atom)