Thursday, August 29, 2013

Hukum suami menjilat kemaluan isteri (Info PENTING untuk Suami)

Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?



Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.


Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.


Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.


Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

Friday, August 23, 2013

AKSI ROMANTIK SITI NURHALIZA DAN DATUK K DALAM KERETA.


Di sebalik kesibukan pasangan hebat Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K dalam menguruskan perniagaan masing-masing, penyanyi tersohor negara itu masih sempat memuatnaik gambar-gambar menarik di akaun Instagram peribadinya.




 Terbaru, Datuk Siti telah berkongsi sekeping gambar aksi romantiknya bersama Datuk K di dalam kereta. Gambar berkenaan mendapat respon positif dari peminat dan rata-rata mereka memuji sikap romantik pasangan ini. - CKK

Rahsia Besar KFC Hanya Diketahui Oleh 2 Orang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti ramai di antara kita yang sangat gemar makan KFC bukan? hidangannya yang sedap dan menyelerakan pasti membuatkan ramai orang mahu mendapatkannya.

Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni.. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja..



Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.



KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:

“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Tuesday, August 6, 2013

Adi Putra Tunaikan Umrah Pada Bulan Ramadhan

Teka-teki bagi ketiadaan Adi Putra di Majlis-majlis Berbuka Puasa Selebriti kini sudah terjawab apabila blog hiburan BeautifulNara hari ini berkongsi beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh Adi Putra di akaun Instagram beliau. Adi Putra sekarang ini nampaknya masih berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Turut sama menunaikan ibadah umrah bersama Adi Putra ialah Dato Muzri, Taufik Nong serta Imam Muda Hizbur yang turut sama berada di dalam gambar-gambar milik Adi Putra tersebut. Berikut gambar-gambar yang telah dikongskikan oleh beliau.

~ skynight

Sunday, August 4, 2013

Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil

DUNGUN - Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.

Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Saturday, August 3, 2013

Video Pelatih Anjing Hina Islam – Jakim



[GAMBAR] Wanita itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor, hari ini atas bon jaminan mahkamah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan penerbitan klip video ’1 Hari di Hari Raya’ yang menggambarkan Hari Raya umat Islam boleh diraikan bersama anjing adalah tindakan menghina Islam dan perbuatan tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata pemilik video itu secara jelas menghina pegangan dan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Shafie bahawa umat Islam tidak boleh memegang atau menyentuh anjing atau keturunannya di mana jika tersentuh wajib disertu.

Katanya takbir Hari Raya yang turut dijadikan muzik latar dalam video itu, juga merupakan satu tindakan penghinaan kerana takbir itu merupakan satu lafaz suci dalam memuji dan membesarkan Allah sedangkan pemilik video melakukan agenda yang sangat menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Penerbitan video tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam yang menghormati perasaan beragama seorang Islam yang lain.

“Tindakan pemilik video itu seolah-olah memperlekeh dan mencabar pegangan umat Islam yang selalunya dilakukan dalam bentuk provokasi oleh segelintir orang bukan Islam,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Othman berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Rabu lalu dan kini Jakim sedang menyiapkan satu laporan untuk dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan.

Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.
Blogged.my