Sunday, June 30, 2013

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang masih setia bersama fuh.my mahupun pembaca-pembaca baru yang dahagakan ilmu dan perkongsian manfaat. Malam ni Dr Fuh nak kongsikan berkenaan salah seorang Idola Dr Fuh sendiri iaitu nama yang tidak asing lagi dikalangan pemuda-pemuda seluruh Malaysia Ustaz Azhar Idrus.
Perkongsian ni bukanlah perkongsian yang biasa-biasa walaupun Ustaz Azhar Idrus juga manusia biasa seperti kita kerana ini merupakan perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah bebas. Actually kisah ini telah banyak dikongsi oleh blogger lain. Tapi apa lah salah kiranya Dr Fuh pon share bersama kan. Mungkin ada dikalangan pembaca blog Dr Fuh belum mengetahuinya lagi. Jom kita ikuti perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum menjadi Pendakwah Bebas yang Dr Fuh petik dari laman wikipedia dan juga lamanoh!artis:

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus

Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
ustaz azhar idrus bersama oldskool1 Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas
Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.
uaicyc5 Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas
Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik. Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama 5 tahun. Setelah 5 tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.
Jadi disini jelaslah bahawa latar belakang bukanlah penghalang untuk kita menyampaikan dakwah kepada umat manusia yang lain. Tidak kira bagaimanapun latar belakang kita sekiranya Allah membukakan pintu hati kita maka tidak mustahil kita mampu menjadi penyampai dakwah yang berkesan kepada umat manusia.
Sumber: FUH

Saturday, June 29, 2013

7 punca isteri bosan di ranjang

Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat membosankan jika dilakukan dengan rutin yang ‘biasa-biasa saja’. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami. 


Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.

Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai si isteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.

1. Tindakan Mudah Dijangka.
Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat ‘hot’ adalah anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda menjaga suasana seks tetap segar.

2. Takut Cuba Perkara Baru.
Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.

3. Terlalu Kerap.
Kebanyakan wanita setuju bahawa seks secara paksa sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.

4. Lokasi Yang Sama.
Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hotel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.

5. Sunyi Tanpa Suara.
Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak, jiran tetangga atau sekampung.

6. Tiada Posisi Baru.
Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.

7. Kekasaran.
Jika selalunya anda hanya terus ‘menerkam’ isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk bercinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.

Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang “spontan dan tak terduga”.

Yahudi Di Sebalik Watak Superman


Bagaimana watak ‘Superman’ menakluki dunia ?
Muslihat Yahudi gunakan budaya popular secara berkesan . . .
DALAM akhbar beberapa tahun lalu, seorang penyanyi terkenal Faizal Tahir membuat kenyataan bahawa beliau tidak menyedari asal watak Superman. Faizal menggunakan imej itu sebagai sebahagian daripada gimik persembahannya. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
Siegel dilahirkan di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada pada tahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis.
Pada tahun 1934, Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yang dihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia. Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.
Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi. Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.
Anehnya cadangan komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar $130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti. Apabila kali pertama muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular.
Penerbitnya membuat keuntungan berjuta-juta dolar. Kedua-dua pelukis itu menyaman syarikat itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit. Pada tahun 1978 syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama Superman.
Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta. Hari ini berbilion ringgit telah dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Siegel dan Shuster mati papa kedana.
Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu.
Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan “perilaku” Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan, kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman.
Adolph Hilter baru sahaja berkuasa. Hitler sedang melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang – khususnya ekonomi di Eropah. Pelaksanaan “penyelesaian terakhir” Hitler ialah dengan membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust.
Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Siegel dan Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia di mayapada.
Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.
Watak Superman yang diilhamkan oleh Siegel ini mengambil semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi menyelamatkan Baginda dari Firaun. Dalam komik asalnya bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. Perkataan “El” dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan kaum Yahudi.
Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep “Superman” (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900).
Beliaulah yang memperkenalkan “Supermensch” dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.
Apakah Superman seorang Yahudi? Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi, Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi, mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi. Beliau menyedari pengaruh komik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah “alter ego” Yahudi yang berbahaya.
Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidak lagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.
Tidak ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular. Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti Faizal Tahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.
Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar mereka makna survival. Seperti tulisan saya mengenai Sinema Holocaust dua minggu lalu, mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public Affairs Committee (AIPAC).
Dalam rencana saya di dalam halaman ini pada 22 Jun 2003 (“Mencari Rahsia Kekuatan Yahudi”) saya menyentuh tentang penguasaan kaum Yahudi dalam pelbagai bidang. Dalam dunia sastera mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi “mengasingkan” orang lain. Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.
Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS, menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel’s Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahli politik AS dengan lobi Yahudi. Malah bukan rahsia lagi, sesiapapun yang ingin menjadi Presiden AS – termasuk Barack Obama – harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.
Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh. Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.
Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis ‘Superman’ wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.
FAKTA
  • Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
  • Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
  • Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.
  • Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti.
  • Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.
  • Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.
  • Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.
  • Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.
sumber: alamcyber

Panduan Atasi Ketagihan Seks Melampau Cara Islam

Panduan Atasi Ketagihan Seks Melampau Cara Islam

Cara Atasi Ketagihan Seks Melampau

Kaedah Mengawal Nafsu Syahwat

Sudah menjadi lumrah bahawa setiap proses penyembuhan sama ada yang berbentuk fizikal atau spiritual mempunayai pantang larang yang mesti dipatuhi. Berikut ialah cadangan beberapa kaedah untuk mengawal nafsu syahwat. 

1) Fikirkan tentang matlamat hidup dan sibukkan diri untuk mencapainya. 

2) Pasakkan keyakinan AlLah maha melihat apa yang sedang kita lakukan 

3) Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan perkara yang kita lakukan 

4) Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik serta soleh. 

5) Putuskan hubungan “songsang” dan “gelap” sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet mahupun fizikal, melalui laman chat, e-mel, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di depan computer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri daripada berseorangan. Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja yang berlainan jantina itu puncanya, maka elakkan diri, begitulah seterusnya. 

6) Putuskan hubungan adik, kakak, dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pengundang maksiat. 

7) Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu dan sedar jenis tindakan yang boleh mendorong syahwat masing-masing kerana ia mungkin tidak sama dengan orang lain. 

8) Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat sasaran baru seperti menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinganana syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong. 

9) Sertai kumpulan yang bersifat keagamaan yang boleh membawa ingatan kepada allah. Namun awas dan elakkan diri daripada kumpulan songsang dan ajaran sesat. 

10) Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah. Dengannya anda akan mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu waktu kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibentung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. 

11) Kalau anda sedang bekerja atau belajar, sasarkan diri untuk cemerlang dalam semua matapelajaran atau kerjaya anda. Dengan itu anda akan lebih sibuk dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan sekaligus ingatan kepada syahwat akan mula menurun dan ruangnya disempitkan 

12) Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar sebab memikirkan kematian 

13) Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian dalam situasi itu? 

14) Kalau anda sedang bersyahwat dengan wanita sekalipun secara maya seperti internet dan tv , segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya bayangkan wanita itu mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor ada AIDS dan banyak lagi. 

15) Kalau computer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, maka mainkan alunan zikir , dan bacaan Al-quran setiap kali menghadap computer. insyaAllah, rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak pun sedikit. 

16) Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan. Satu jurus langkah kea rah maksiat ialah kunci syaitan untuk menjerumuskan manusia ke dalam lembah maksiat yang lebih besar 

17) Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan itu halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada nafsu syahwat yang liar. 

18) Memastikan harta yang diperoleh itu daripada sumber yang halal 

19) Amalkan untuk berpuasa sunat, berzikir secara disiplin setiap kali selepas solat dan berdoa sebanyak mungkin semasa sujud dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat. 

20) Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam lembah maksiat yang besar. Firman Allah, mafhumnya “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa. “ (surah ali imran:133)

by: majalah al-ustaz 

Friday, June 28, 2013

Petua Berkesan Agar 'Tahan Lama'

Petua Berkesan Agar 'Tahan Lama'

bukan cerita lucah
Maaf ini bukan cerita 18sx....sekadar humor.... 

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 Disember 2013. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2014. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

PAKAIAN
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah… …!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

BERHATI HATI SEMASA MENGGUNAKAN MOUSE KOMPUTER

AKIBAT PENGGUNAAN TETIKUS KOMPUTER DENGAN CARA YANG SALAH | 
Pada sesiapa yang sering menggunakan komputer dalam kehidupan seharian 
dan mereka yang berkerja di hadapan komputer setiap hari sama ada 
pekerja mahupun pelajar, anda seharusnya berhati-hati dengan penggunaan tetikus anda.

Kesalahan postur dalam penggunaan mouse ataupun tetikus akan 
mengundang Carpal Tunnel Syndrom atau lebih dikenali sebagai Karpal 
Sindrom iaitu istilah yang digunakan untuk penyakit atau kelainan 
pada otot lengan manusia. Gambar tangan yang ditunjukkan merupakan 
tangan seorang pesakit yang mengalami Karpal Sindrom.

Di sini, kita akan berkongsikan cara penggunaan komputer dan mouse 
yang betul serta teknik senaman untuk mengelakkan Karpal Sindrom daripada berlaku.

Walaupun teknologi perubatan sudah meningkat maju di mana pesakit 
Karpal Sindrom hanya perlukan fisioterapi dan pembedahan kecil iaitu 
pembukaan rongga pada kulit 1 cm hingga 2cm sahaja, kita perlu mencegah 
kerana mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Cara penggunaan komputer dan mouse yang betul.
Teknik senaman tangan selepas penggunaan komputer.

Wednesday, June 26, 2013

Intim Dengan Anak Menteri : "Dah Kenal Dia 7 Tahun" - Nora Danish

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Sekitar April lalu, timbul gosip pelakon Nora Danish bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi ekoran beliau dikatakan membeli barangan persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia.
 
Dalam sebuah blog hiburan Nora mengakui memang dia ada membeli kain di sana tetapi bukan untuk persiapan perkahwinan sebaliknya sempena persiapan hari raya Aidilfitri, yang akan menjelang tidak lama lagi. Terbaru ada khabar pula mengatakan ibu anak satu ini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang anak Menteri. Jejaka itu dikenali sebagai Nadeem. Betul ker Nora?
 
"Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu. 
 
"Saya dengan dia (Nadeem) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi", jelas Nora Danish kepada Malaysian Digest.com.
 
..
 
Nora yang ditemui di majlis Seindah Ramadan TV3 bertempat di restoran AL-Rawsha, Kuala Lumpur petang semalam diminta mengulas mengenai gosip hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu. 
 
Manakala mengenai gambarnya bersama jejaka tersebut yang dimuatkan di dalam instagramnya, Nora berkata, dia sudah bersedia dengan apa juga tanggapan dan spekulasi yang bakal timbul. Malah bintang filem Mencari Cinta ni telah menjangkakan gambar itu pasti akan jadi bahan bualan hangat ramai.
 
"Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian",  ujarnya sambil tersenyum.
 
Gambar Nora bersama Nadeem (belakang,kiri) bersama dua lagi rakannya. Gambar ini dimuat naik Nora di instagramnya lantas menimbulkan spekulasi dia ada hubungan istimewa dengan Nadeem.Gambar Nora bersama Nadeem (belakang,kiri) bersama dua lagi rakannya. Gambar ini dimuat naik Nora di instagramnya lantas menimbulkan spekulasi dia ada hubungan istimewa dengan Nadeem.
 
Dalam pada itu luah Nora, selama 10 tahun bergelar anak seni, membuatkan dia lali dengan gosip cinta yang sering menghimpit dirinya. Namun dia tidak mudah melatah sebaliknya menganggap itu adalah asam garam sebagai seorang selebriti. Beritahu Nora, dia sebenarnya sudah  lama bersedia bercinta dan berkahwin semula.
 
"Masa mula-mula dalam industri dulu saya frust jugalah bila selalu timbul gosip saya bercinta degan orang itu, orang ini. Paling kelakar sekali, gosip saya dengan Noh Hujan. Timbul juga gosip dengan Zizan lah. Tapi saya anggap itu sebagai asam garam bergelar artis. Saya tahu peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kerana itu saya tak mudah melatah.
 
"Sebenarnya saya dah lama bersedia bercinta dan nak berkahwin semula. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua", katanya.
 
..
 
Sementara menyentuh pula tentang perkembangan seni, Nora bersama Adi Putra serta pengacara Fiza Sabjahan telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3. Istimewa, ketiga-tiga duta ini bersama ramai lagi artis popular tanah air akan mengembara ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu dan mereka akan memasak dan kemudian menjual juadah berbuka puasa.
 
"Nora akan sertai 'Baazar Seindah Ramadan' bersama ramai lagi artis. Kami akan memasak dan menjual juadah buka puasa. Kami akan ke Johor pada 13 Julai dan Terengganu pada 27 Julai. Hasil jualan juadah itu nanti kita akan salurkan ke rumah anak yatim terpilih", katanya.
 
Nora, Adi Putra dan Fiza Sabjahan dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3.Nora, Adi Putra dan Fiza Sabjahan dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3.
 
Selain itu difahamkan Nora akan menghangatkan malam sampaikan ucapan raya pada malam menjelang 1 Syawal serta akan muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul, bergandingan dengan hero yang tidak asing lagi, Adi Putra pada hari raya nanti.

SUmber~ MD

Ayah macam binatang!

Kuala Terengganu: Tangisannya yang didengar jiran menyelamatkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun daripada terus menderita kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan dan minum di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.
Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30 petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta bernanah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kanak-kanak itu ditemui polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan lemah akibat kelaparan serta kesakitan.

Menurutnya, sebelum itu pegawai JKM terbabit yang berusia 41 tahun itu menghubungi Balai Polis Gong Badak, di sini, dan memaklumkan aduan diterimanya mengenai mangsa yang dikurung serta meminta bantuan polis untuk ke tempat kejadian.
Foto
KEADAAN kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera dipercayai akibat didera bapa tirinya.

“Pegawai JKM itu dihubungi jiran mangsa yang terdengar tangisan seorang kanak-kanak di dalam rumah yang disewa bapa tirinya berusia 26 tahun.

Isu poligami: Asyraf Muslim kecewa

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim
SETELAH lebih sebulan mendiamkan diri, pelakon Ashraf Muslim akhirnya membuka mulut berhubung desas-desus poligami yang kecoh diperkatakan, awal bulan lalu.

Akui mendiamkan diri bagi menjaga hati banyak pihak, Ashraf lebih memilih untuk tidak mengulas lanjut soal itu.

Sebelum ini, Ashraf menerusi kenyataannya di sebuah akhbar tidak menafikan ke mahkamah atas satu urusan, namun enggan mendedahkan urusan terbabit.

Tindakan Ashraf berahsia, bukan meredakan keadaan, sebaliknya satu demi satu cerita mula keluar termasuk identiti wanita yang bakal 'dikahwininya'.

Ketika ditemui pada majlis Seindah Ramadan TV3, semalam, Ashraf akui kecewa apabila cerita sensitif seperti itu terpalit ke atasnya.

"Soal poligami ini sangat sensitif. Bukan pada saya saja. Semua orang pun berpendapat macam itu.

"Tapi bukan hak saya untuk menghalang orang mengata atau bercerita apa pun," katanya.

Berhubung kenyataan dari wanita yang dikatakan bakal menjadi isterinya itu, Ashraf menafikan kenyataan tersebut keluar daripada wanita itu.

"Kenyataan yang keluar itu (di akhbar tempatan) bukan datang daripada seseorang itu (wanita yang didakwa bakal dikahwininya).

"Tidak ada siapa pun antara kami yang bagi kenyataan. Sama ada saya ke, isteri saya ke, siapa yang diperkatakan itu ke. Tidak ada," katanya.

Tambahnya, "kalau saya lawan (kenyataan balas) pun, macam-macam cerita juga akan jadi. Baik saya senyap dan bersabar. Lagi banyak saya cakap, lagi macam-macam spekulasi orang buat."

Menyentuh soal namanya yang tiba-tiba terpalit dengan kontroversi seumpama itu, Ashraf ada mempersoalkan apa salahnya sehingga timbul cerita seperti itu.

"Apa salah saya? Kenapa orang nak bercerita pasal saya? Ada yang cakap saya begini, isteri saya begitu.

"Bagi saya, saya kecewalah. Saya kecewa orang yang tak faham ini. Mungkin ada kepentingan atau mungkin kurang didikan agama," katanya.

Tuesday, June 25, 2013

Gambar: Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bukan Pergi Kursus Kahwin Bersama

Cepat sahaja peminat hiburan Malaysia ini kalau nampak gambar sebegini di’muatnaik ke internet dan timbulkan andaian sendiri. Terbaru, Nelydia Senrose dan Qi Razali khabarnya sudah ingin berkahwin. Gara gara sekeping gambar yang di muatnaik di laman sosial menunjukkan Qi Razali yang bersongkok dan Nelydia Senrose bertudung manis — lantas peminat mengatakan yang mereka sedang menghadiri kursus kahwin.
Bercakap kepada Berita Harian, Nelydia Senrose berkata beliau tidak menyangka ada peminat yang akan salah faham selepas gambar tersebut di muatnaik di Instagram Qi Razali baru baru ini.
“Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin”
“Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan,” jelas Nelydia Senrose lagi.
Blogged.my