Thursday, September 30, 2010

Video Aksi Panas , Sampai ‘haus’ dia punya…

Video Aksi Panas , Sampai ‘haus’ dia punya…
Wahhh dengar je ‘Aksi Panas’ laju je masukk, ehm bukan pasl aksi xxx la, ni berkenaan video yg araaz ‘rembat’ kat youtube, cuba korang layan video ni yerk, sampai ‘haus’ dia punya …...ushh.


Ken Block Gymkhana 3 Practice In His Ford Fiesta 2010

Entri akan Datang :
01.10.2010 :8:00AM
(Auto) :
Sedikit tips dari araaz bg Mengelakkan ‘BALAK’ (BF) korang meluat kat korang.

Terjah di KK - TUARAN - BANDARAN - BEAUFORT - KENINGAU

Klik pada Gambar utk lihat PETA.
Hari tu Tersilap Beritahu Tempat lak.hee
01.10.2010 - 05.10.2010 araaz & ceo syarikat akan Terjah di KK - TUARAN - BANDARAN - BEAUFORT - KENINGAU, ni kali pertama araaz jejak kaki di Beaufort & Ke
ningau rasanya...apa yg best kat sana yerk ? , aiseh lupa lak, araaz nk ke sana atas urusan kerja rupanya...heee, bak kata pepatah ' Sambil Menyelam Minum air' entah btl entah ti...dak ayat tu, apapun yg penting dapat on9 kat sana, harap-harapla....:-)

p/s: Sila Maklumkan kat araaz di ruangan Komen ni atau ChatBox sekiranya ada Banner yg araaz tak masukkn lagi dlm blog ni yerk...kekadang araaz tak perasan / terlupa.:-)

Entri akan Datang 01.10.2010 :8:00AM (Auto) : Sedikit tips dari araaz bg Mengelakkan ‘BALAK’ (BF) korang meluat kat korang.


A Nuffnang Community Announcement

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We’ve noticed that certain groups have been engaging in click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.

Thank you for your attention.

Wednesday, September 29, 2010

MIMING 'WAKA-WAKA' - Shakira dari CikShida DariParit

Cik Shida yg Sempoi...ha ha, layannnnnn

HARI MALAS SEDUNIA..

HARI MALAS SEDUNIA.. , heee, itula gelaran untuk hari ni sbb terasa malas tahap yg tak boleh dibendung ni, bukanya malas apa, cuma terasa sikit letih, sakit badan dan blur, ehm apa lagi, hari ni araaz buat 'LAWATAN SAMBIL BELAJAR' kat blog-blog korang la.heee

Khas lagu hari ni utk aweks, araaz ambil kat youtube -Moh kita berkaraoke, best gak layan lagu ni kalau 'time' bosan camni.hee, kali pertama layan lagu perempuan .hee, siap ada lirik tu, dengar kata penyanyi nya nama Fynn Jamal (Sila Perbtlkn araaz yerk klu silap).

Antara Kucing Paling Comel Didunia kot.heee

Scottish Fold cat



50% orang hilang ialah remaja perempuan ???

50% orang hilang ialah remaja perempuan ??? adehhh apa nk jadi nih, ni mesti kes cepat terpengaruh ngn kawan ataupun cinta punya pasal..ehmmm


50% orang hilang remaja perempuan /2010/09/29/HM

KUALA LUMPUR: Jika maklumat terbaru orang hilang yang didedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diambil kira, masyarakat perlu bimbang apabila hampir 50 peratus daripada individu terbabit adalah remaja perempuan belasan tahun.
Bilangan gadis remaja tempatan yang lesap dari rumah dianggap menggusarkan berikutan perangkaan polis mendapati golongan usia terbabit adalah penyumbang terbesar kepada kes kehilangan orang di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Dalam tempoh Jun hingga September tahun ini saja, enam remaja perempuan dari beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak dilaporkan hilang.

PDRM, semalam memaparkan gambar beberapa individu yang dilaporkan hilang di laman sosial facebook rasminya dalam usaha mengesan individu terbabit dengan bantuan orang ramai. Laman berkenaan mendedahkan seramai 17 individu kebanyakan remaja berusia lingkungan 14 dan 17 tahun dilaporkan hilang. Antara orang hilang yang lain adalah dua beradik berusia dua dan tiga tahun yang hilang sejak 4 September lalu serta seorang warga emas berusia 80 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 September lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai orang hilang diminta menghubungi balai polis yang berhampiran atau hubungi Bahagian Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di talian 03-22668307

waahhh, mamat ni betul-betul kreatif..Lukisan nampak cam betlll je

Coca Cola

Sony Vaio tu

Spiderboy

Kapal Layar..

Cari jgn tak carii

Felixxx

Batboy and Robinson.hee

Pakcik Kayooooo

Comel

Tuesday, September 28, 2010

ahh tidakkkk, 12:01am hari ni cukup 30 hr umur blog araaz ni, tapi .....


ahh tidakkkk, 12:01am hari ni cukup 3o hr umur blog araaz ni, tapi sedih sebb sasaran araaz utk dapat 300 followers dlm masa 30 hr agak tipis...kira cam dah tak ada harapan...ehm kalau duk sehari suntuk mungkn leh kot dapt , tapi nk buat camana, araaz bukannya blogger sepnuh masa.....huhu



ehm apapun, syukur la ada pelawat yang sudi melawt dan layan blog araaz ni.he..:-)


Cepat Betul Masa Berlalu.huhuu - HTC Touch 2

Cuba Korang Usha PDA HTC Touch 2 yg araaz beli pada pertengahan tahun 2009, punya la berbeza harga dia masa beli dulu dan sekrng...huhu, Masa tu araaz beli RM1699 (Harga Promosi) punya la seronok nk beli sbb harga sebnr dia RM1999, sekrg ni cam dah tak ada harga lak, harga tolak pun RM250-RM300 paling tinggi., kalau kedai jual RM600..... Cepat Btl masa berlalukn..:-|, tapi minat punya pasal...kena terima gak..huh

Tandas pintar Jepun

Ush bestnya gak kalau malaysia pun ada tandas camni.hee

Tandas pintar Jepun




TEKNOLOGI banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan tandas di Jepun sehingga menguasai segmen kebersihan bilik air canggih dunia.

Terbaharu, syarikat TOTO telah membangunkan tandas pintar yang maju setapak lagi apabila menawarkan pengguna pemeriksaan kesihatan setiap kali mereka membuang air.

Model yang direka khusus untuk syarikat perumahan Daiwa House ini mampu menyediakan analisis air kencing, mengambil tekanan darah dan suhu badan pengguna apabila digunakan.

Selain itu, teknologi pintar yang disediakan tandas berkenaan turut dapat mengukur berat badan pengguna dengan mudah dan pantas

Sumber: Kosmo

Wanita direjam kerana berzina

Wanita direjam kerana berzina.28hb / Kosmo

GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC menunjukkan beberapa orang lelaki yang merupakan anggota Taliban di lokasi hukuman rejam ke atas seorang wanita yang didakwa berzina di Pakistan.

ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan.

Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi.

Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim.

Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai.

Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube.

Seorang menteri Kesatuan Eropah (EU), Jorge Barroso yang menonton klip video itu, menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Kami mengutuk perbuatan itu yang tidak memiliki justifikasi dari sudut moral mahupun agama," katanya. - Agensi

adehh, kelmarin ke kelantan, esok nk ke kuantan lak.huh.








adehh, kelmarin ke kelantan, esok nk ke kuantan lak.huh..minta-minta leh layn fb dan update blog kat kat.hee..2 hr tu..sob sob..., nampaknya tak capai la sasaran araaz nk 300 Followers selama 30hr.huhu

Update: 28hb 1:14PM : araaz tak jadi pergi, org lain ganti :-)

Monday, September 27, 2010

Artis dicekup di rumah janda.... ushhh siapa agaknya yerk?

Artis dicekup di rumah janda....

hm rasanya cam dah tak heran benda-benda cam ni berlaku kat artis kita ni kan? selalu sgt keluar dlm akhbr, itu pun yg dpt tangkap, ish ish ..agak-agak korang siapa la agaknya artis tu yerk? ehmmmm

2010/09/27/ Harian Metro

PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.
Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.

Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.

Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.

Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

“Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.

“Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.
Click Here

Katanya, walaupun artis terbabit memberikan pelbagai alasan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguat kuasa.

“Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat,” katanya.

Menurut sumber itu, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali.

Video Thumb Kucing Ada Banyak Jari Di Kelantan.., ingat nk bawa balik..:-)

Status Glitterati Nuffnang

Ramai tidak sedar atau sengaja buat tak tahu berkenaan Status Glitterati Nuffnang ? sebb araaz tengok ramai blogger yg kecewa dan putus asa sebb status Glitterati di akaun Nuffnang diaorng ditarik balik, sampaikan ada yg meluahkn hasrat utk tidak lagi mempedulikn blog mereka disbbkn trlalu kecewa, araaz tak faham sama ada korang ni buat-buat tak tahu atau terlepas pandang tentang peraturan yg nuffnang sudah tentukn, cuba korang baca sekali lagi peraturan seperti di bawh yg araaz salin dari laman web nuffnang utk mengekalkn status Glitterati yg nuffnang tentukn (araaz ada tandakn yg mana paling penting), dan utk mengetahuan korang status tersebut mash boleh dikembalikn sekiranya korang menghubungi pihak nuffnang dengan membuat rayuan melalui email.


Apakah dimaksudkan dengan “Nuffnanger Eksklusif”?

“Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Bagaimana untuk menjadi ahli Glitterati Nuffnang?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Terma dan Syarat:

* Program Loyalti ini dibuka kepada semua ahli Nuffnanger eksklusif, di mana "eksklusif" bermaksud ahli blogger Nuffnang yang tidak mempunyai unit iklan di dalam setiap blog berdaftar yang berasal dari rangkaian pengiklanan lain di Asia Timur Selatan, atau dari mana-mana rangkaian pengiklanan yang dianggap sebagai pesaing langsung oleh pihak Nuffnang.

* Tarikh keahlian Program Loyalti ini tidak dapat dianjak lebih awal bagi mendapatkan keuntungan semasa menyertai program tersebut.

* Status Glitterati anda mungkin hilang sekiranya sistem perangkak kami gagal untuk mengesan unit iklan Nuffnang di dalam mana-mana blog yang telah berdaftar di dalam sistem (contoh: akses blog dihalang, unit iklan Nuffnang anda digantung, atau komputer pelayan yang mengendali blog anda tergendala), atau sekiranya blog anda tidak menjana trafik untuk tempoh masa yang lama.

* Mana-mana ahli blogger Nuffnang yang didapati cuba untuk memanipulasi syarat dan terma program ini akan digantung keahlian untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.

* Nuffnang berhak untuk menghalang atau menggantung keahlian mana-mana ahli daripada menyertai Program Loyalti tanpa sebab atau alasan.

* Nuffnang berhak untuk menggubah terma dan syarat yang sedia ada.

9 Perkara yg Best jadi kat Blog araaz ni sejak dilahirkan Selama 28 Hari ?? ehmm

9 Perkara yg Best jadi kat Blog araaz ni sejak dilahirkan Selama 28 Hari ?? ehmm ehmmmmmm

1. Blog araaz sudah ada 248 Followers Sejak Blog ni di lahirkan pada hari Merdeka 31.08.2010 dan Sebahagiannya sudi masukkn blog araaz dalam Blog list diaorng..:-)
2. Pernah Sekali 2 ada 300 - 400 Pelawat , ehmmm kira ok la utk blog yg masih baby ni kan? he
3. 2-3 Blogger Buat satu Entry Khas berkenaan Award yg araaz beri.
4. Pernah ada 16-25 Org online dalam satu masa, Paling Best Semalam, tk tahu knp.he
5. 15 Blogger yang terkenal yg dah ada 500-3000 Followers sudi 'Follow' blog araaz.:-)
6. Wujudnya satu lagi alamat blog khas, adik kembar blog ni utk Himpunan Blog & Iklaneka Percuma. http://blogger-iklan.blogspot.com
7. Pelawat Kebanyakannya datang dari Facebook dan Alamat Blog araaz http://nibelogsaya.blogspot.com (Hampir sama ngn alamat Blog Hanis)
8. earning Nuffnang semakin bertambah RM..... walaupun baru 28 hari..hee
9. ShoutBox araaz sentiasa aktif, ada la gak yg sudi komen.

Lagu dari Maher Zain - Lagu utk mlm ni :-)

Maher Zain - Insha Allah ماهر زين - ان شاء الله

Maher Zain - Insha Allah ماهر زين - ان شاء الله

By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Copy Entry dari Orang lain?????


korang ada perasan tak , ada sorang mamat ni kata araaz salin entry dari org lain, cam lawak je kan??? dah mcm tak ada kerja lain nk buat selain memburukkkn org, terang -terang setiap entry yg araaz letak dalam blog ni ada beritahu sumbernya dari mana, araaz rasa mungkin mamat tu dah tak ada kerja lain nk buat, sebelum mengata atau menilai seseorng tu cuba kita renung siapa diri kita tu apa yg kita ada, takut nanti memalukn diri sendiri lak.apa pun araaz tak kisah la apa yg org lain kata, sbb memang dah adat kalau jadi seorng blogger sbb ramai blogger yg lebh terkenal yg araaz tengok kena lebih teruk dari tu, apa pun araaz tk kisah la mamat tu nk kata apapun, asalkn araaz tak menyusahkn dan merugikn seseorng.. araaz gak nk berterima kasih kepada yg sudi melawat blog araaz ni 

Sunday, September 26, 2010

Beza Croc Original dengan Tiruan

Pertama: Physical look (Finishing)

Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi finishing yg membezakan ori dan imitate. Imitate punya finishing amat teruk (sesetengah model mcm olivia dia nampak macam kemek).

Kedua: Logo button Crocs

Logo button Crocs contohnya pada model Offroad seharusnya bersinar cantik. Bukannya pudar.

Ketiga: Tulisan tapak

Original tulisan seharusnya: boulder,colorado (koma)

Imitate: boulder.colorado (titik)

(note: bukan semua imitate macam ni, ada juga sama tulisan mcm ori)

Kalau anda jumpa seller jual macam ni, and kalau dia nak bertekak dengan anda dengan memberi alasan model original reject sebab tu ada titik bukan koma, jangan tertipu. Itu maknanya dia sendiri terkejut dengan soalan anda dan tak tahu nak jawab.

Original: www.crocs.com

Imitate: www.orocs.com

(note:bukan semua imitate mcm ni, ada tulisan mcm ori)

Keempat: Kelembutan (softness)

Lembut original lain, material crocsslite. Kalau copy, bukan pakai crocsslite, dia most probably getah biasa or plastik. Nak tahu beza crosslite, kena la beli satu original. Siapa biasa pakai, dia tahula beza material ni.

Kelima: Terapung bila letak atas air.

Letak crocs dalam air, tengok dia tenggelam ke terapung. Kalau tenggelam, sah imitate. Material crosslite takkan tenggelam dlm air.

Keenam: Byk model pelik-pelik.

Bukan senang nak dapat model original. Model baru hampir mustahil. Kalau ada pun itu kena berebut dengan buyer besar-besar dari banyak negara. Sebab tu saya tak heran kalau blog lain jual model pelik2, sebab saya tahu itu copy.

Perlu diingat, kalaulah senang nak dapatkan model original, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Lebih baik dia tidak payah buat butik, bayar sewa rental mahal-mahal. Lebih baik jual dekat pasar je.

Kalau dah ramai buat masuk Crocs ni,lepas tu jual murah, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Crocs original bukan mudah nak dapat.

Ramai orang tak tahu proses nak dapatkan Crocs original sbb tu dia assume mudah aje. Kalau u tgk ada blog jual sikit-sikit, boleh ambil stok sikit-sikit, most probably, dia jual copy.

Ketujuh: Plastik CrocsJustify Full

Sekarang ni copy crocs pun siap datang dengan plastik dia. So, kalau dia claim ada plastik tu bukan jaminan dia original.

Oklah…7 point je setakat ni, kalau larat saya sambung balik. Tapi perlu ingat,..point2 ni bergabung satu sama lain. Maknanya, kalau tak cukup semua point utk crocs tu, dia tak boleh dianggap original.

By the way, cara terbaik still dengan memakai Cros original dan anda akan tahu beza dia.

Harap tips ni membantu

Sumber: http://kedaicrocs.com/

Sehari tak buka blog terasa macam nak demam lak..he,

Sehari tak buka blog terasa macam nak demam lak..he, Sebelum tu araaz nak mohon maaf kepada pelawat baru blog ni kerana lambt bls lawatn, email dan lambt meletak banner korang dlm blog araaz, utk maklumam korang 22hb araaz ke Kelantan duk smp 25hb atau 26hb, perjalanan araaz ke Kelantan mengambil masa 6 jam lebih sebelum ke Kelantan araaz ke lanchang dulu sbb ada urusan kerja kit, itu pun masa hbs hamper 3 jam disana, bermakna 9 jam araaz diluar tanpa membuka blog, huhhh memang terasa rindu dan nk demam tu, maklumla blog araaz baru je aktif dan tak sampai sebulan pun, tu yg cam gian je nk bukan blog tgk sama ada ‘baby’ araaz ni sht atau tdk..hee…ehm apapun araaz tetap ‘mencuri’ peluang g kemana-mana café yg ada wifi utk kemaskini blog araaz ni…oh ya, araaz nak ucapkn terima kash kepada pelawat baru yg sudi menjadi ‘pengikut’ (follower) blog ni dan sudi meletakkn banner araaz dlm blog mereka, kemungkinan selepas balik dari Kelantan ni araaz akn masukkn segera banner korang yerk.kalau boleh korang maklumkn petukaran banner kat ruangan bual di atas atau ruangan komen kat entry ni yerk..

Wednesday, September 22, 2010

Stylus Pen Mahal dan Murah ?

Cuba Korang Tengok Gambar kat Bawah, Sebelah Kanan Stylus Pen HTC yg Berharga RM30 satu batang dan Sebelah Kiri Stylus Pen 'Cap Ayam' RM3 satu batang, Pergh Beza btl harga dia kan?? Masa kat Pasar tadi saje je beli jenama 'cap ayam' tu, saje je nk test, ..memang ada sikit beza 'tang' sentuhan dia, lembut kit...:-)....ingatla... Beli la yg Original.... heee

Klik pada Gambar utk Lebih Jelas

Tuesday, September 21, 2010

Kahwin muda membawa bahagia atau derita?

Nak Kahwin??? ...Nakkkkk, itula jawpan yg selalu kta dpt dr remaja sekarng, kalau soal pasal kahwn (Terutama Remaja Perempuan) hee, jgn mare yerk., ni ada satu artikel yg menarik araaz culik kat Utusan yg disedia Oleh Zunaidah dan Zuarida. :Kahwin muda membawa bahagia atau derita?:
P/s: SEMUA GAMBAR DI BAWAH HANYA SEKADAR HIASAN

Oleh ZUNAIDAH ZAINON dan ZUARIDA MOHYIN
Dipetik dari Utusan

Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t.. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita. Sebaliknya jika kita berkahwin dalam usia lanjut mungkin ada hikmah yang terkandung di dalamnya. Namun sebagai insan kita disuruh berikhtiar untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama. Kebanyakan remaja sekarang beranggapan kahwin pada usia muda banyak masalah. Berkemungkinan pada masa itu mereka belum ada kerjaya yang kukuh selain belum bersedia. Apabila sebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunah. Mengapa perlu menidakkannya? Tak kira pada usia berapa pun, kita perlu menegakkan sunah itu. Perkahwinan adalah sesuatu yang indah... ibarat syurga di dunia jika kita bijak melayari bahtera perkahwinan. Lantaran itu, Khairunnizam Sulaiman, 34, tidak bersetuju jika faktor usia dijadikan sebagai ukuran untuk mendirikan rumah tangga. Tidak salah berkahwin pada usia muda asalkan semua keperluan dan persediaan sudah mencukupi. “Hakikatnya perkahwinan pada usia muda bukanlah suatu yang mustahil, asalkan seseorang itu sanggup serta ikhlas memikul peranan dan tanggungjawab yang telah sedia ada.
“Tidak ada masalahnya perkahwinan yang dibina oleh pasangan yang sama-sama muda. Apa yang penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan berumah tangga itu sendiri.

Realiti

“Apa pun, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Realitinya, kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza,” cerita Khairunnizam yang mendirikan rumah tangga dengan Tuan Zainab Tuan Junoh pada 1994 sewaktu berusia 24 tahun. Bapa kepada empat cahaya mata yang berumur antara setahun hingga 12 tahun ini berkata, perkahwinan pada usia muda ada banyak kebaikannya. Antaranya, apabila usia semakin bertambah, anak-anak juga sudah membesar. Sekurang-kurangnya pada masa itu, tenaga masih kuat serta ekonomi sudah kukuh. Malah pada usia muda, pasangan suami isteri sudah mula memikirkan tentang masa depan dan hala tuju kehidupan berkeluarga. “Saya akui ramai yang kata berkahwin cepat rugi sebab tidak puas berseronok. Apa pun, bagi saya, kebebasan itu tidak bermakna sekiranya usia muda itu tidak dipergunakan sebaik mungkin ke arah yang membawa manfaat. “Malah aspek kematangan tidak 100 peratus terletak kepada usia seseorang. Apabila seseorang itu tahu tanggungjawab dan bermuhasabah diri, insya-Allah kematangan fikiran mereka itu akan hadir,” pesan Khairunnizam. Menurutnya, aspek ekonomi, kesabaran, persediaan psikologi dan kenali pasangan adalah antara persediaan yang perlu ada dalam mengharungi pelbagai cabaran alam rumah tangga. Berlainan pula dengan pengalaman perkahwinan yang dilalui oleh Salina Samsudin (bukan nama sebenar) yang berkahwin pada usia 18 tahun.

Panas baran

Harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah hakikatnya yang terpaksa diterima oleh Salina selepas menjadi isteri. Menurut Salina, kini berusia 39 tahun, dia berkahwin selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jejaka pilihan hati yang berusia 20 tahun. “Siapa yang tahan jika tangannya kerap naik ke muka dan badan. Saya tidak sangka lelaki romantis sepanjang bergelar kekasih rupa-rupanya seorang yang panas baran selepas bergelar suami. “Bukan itu sahaja, malah selepas saya disahkan mengandung, perangainya tambah menyakitkan hati. Dia kerap bertemu teman-teman bujang dan pernah juga pulang sehingga lewat malam. “Impian saya untuk membina rumah tangga bahagia berkecai. Janji manis untuk sama-sama melayari bahtera rumah tangga tinggal angan-angan kosong dan saya sudah hilang kepercayaan dengan suami,” kata Salina yang reda dilepaskan dengan talak satu oleh suami selepas kelahiran anak kedua mereka. Kini, biarpun Salina gembira membesarkan anak-anaknya serta sibuk dengan kerjaya, dia sedikit pun tidak meletakkan kegagalan perkahwinannya atas sebab usia muda. Dia menyalahkan kepada tanggungjawab dan persediaan bekas suaminya itu.

Statistik kahwin awal

KETUA Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mohammad Abdullah berkata, perkahwinan bawah umur di Malaysia banyak berlaku di Kelantan yang mencatatkan 115 kes, Sabah (102) dan Sarawak (100) bagi tempoh 1 Januari 2005 hingga 12 Januari 2006. Bagi kes yang sudah selesai permohonan nikah bawah umur, Sarawak mendahului dengan 92 kes, Kelantan (81) dan Sabah (60). “Perkahwinan bawah umur melibatkan sama ada lelaki atau perempuan yang berkahwin sebelum berusia 18 tahun dan 16 tahun iaitu syarat yang diletakkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam. Maknanya, mereka berkahwin semasa masih bersekolah atau tidak menamatkan persekolahan atau tidak bersekolah,” jelas Mohamad. Antara punca berlakunya kahwin bawah umur ialah pasangan suami isteri muda itu hilang minat dengan alam persekolahan dan mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. Ramai remaja perempuan yang tidak meneruskan persekolahan memilih untuk berkahwin dan ia dipersetujui oleh ibu bapa. Selain itu, remaja yang berasal dari kampung dan tinggal di pedalaman serta kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan turut menyumbang kepada perkahwinan bawah umur. Pada mereka perkahwinan adalah jalan untuk menyelamatkan mereka daripada masalah sedangkan cabaran pada masa hadapan memerlukan masyarakat yang celik ilmu pengetahuan. “Oleh sebab yang berkahwin bawah umur adalah remaja perempuan, maka suami harus bertanggungjawab membimbing isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kita perlu ingat, dalam usia yang muda, mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup dan kematangan sebagai seorang isteri. Adalah penting suami memainkan peranan dalam rumah tangga,” ujar Mohamad menasihati pasangan muda yang mendirikan rumah tangga. Walaupun hingga kini hanya 595 kes kahwin bawah umur dicatatkan di seluruh Malaysia termasuklah di negeri-negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor, dan ia hanya dianggap sebagai kes terpencil, tidak mustahil akan berlaku peningkatan perkahwinan bawah umur jika tiada usaha dijalankan untuk membendung perkara tersebut. Hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat berilmu mungkin tidak akan tercapai jika masih ada remaja yang tercicir daripada alam persekolahan dan bergantung hidup semata-mata kepada perkahwinan.

5 Jenis Makanan pembangkit selera seks

Bercerita Tentang Seks, semua org suka dan tersenyum lebar, Bila ditanya 'apakah cara utk membangkit selera seks seseorng, kebanyakannya ramai menjawab dan memilih ubat-ubat yg berada di pasaran sekarang dan menggangap ia adalah cara yg terbaik dan terakhir, hari ni araaz bukan nak cite pasal benda-benda yg xxx, araaz cuma nk berkongsi ngn korang apa makanan yg menjadi pembangkit selera seks, ini pun araaz ambil daripada sumber-sumber yg boleh dipercayai :-)

Berdasarkan kajian serta amalan orang dahulu kala, terdapat beberapa makanan mempunyai khasiat dalam mempertingkatkan hubungan kelamin atau hubungan seks terutamanya dalam kalangan lelaki. Makanan-makanan berikut ini dikatakan dapat memanjangkan tempoh perhubungan kelamin serta membantu membangkitkan selera dalam hubungan kelamin selain dapat memberi zat besi kepada badan.

Daun saderi
Daun Saderi tergolong dalam kategori ulam yang pada kebiasaan dimakan dengan nasi mengikut sajian masyarakat Melayu. la merupakan sumber makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seksual kerana daun saderi mengandungi sebatian androstron, iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki. Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.

Tiram
Tiram terkenal sebagai makanan laut yang kaya dengan zat besi, dapat meningkatkan jumlah sperma serta pengeluaran testostron. Selain itu, ia juga mengandungi dopamin, iaitu hormon yang dikatakan boleh menaikkan ghairah seks. Kaedah memakan bersama dengan pasangan kelamin menambahkan permainan kelamin dan erotis.

Buah pisang‎
Pisang mengandungi enzim bromelin yang dipercayai boleh menaik dan memperbaiki tenaga batin lelaki. Sebagai buah tropika, pisang merupakan sumber kalium dan vitamin B seperti riboflavin, yang meningkatkan tenaga badan.

Buah aprikot
Penduduk Aztecs menyebut buah aprikot sebagai buah testis. la mampu menurunkan risiko strok dan serangan jantung kerana ia satu-satunya buah yang kaya dengan lemak (dua kali ganda dengan jumlah lemak yang terkandung dalam durian). la turut mengandungi beta karoten, klorofil, vitamin E dan vitamin B kompleks. Aprikot dikatakan boleh membantu meningkatkan stamina seks. Kandungan asid folik melancarkan metabolisme protein dan menaikkan tenaga tubuh. Gabungan dua unsur, vitamin B6 (nutrisi yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon lelaki) dan kalium (membantu melancarkan kelenjar tiroid) diyakini boleh membantu meningkatkan ghairah seks lelaki dan wanita.

Kacang badam
Aroma atau bauan yang dikeluarkan oleh kacang badam dikatakan mendorong meningkatkan hasrat seks wanita. Kaedah yang digunakan dengan menyalakan beberapa lilin aroma terapi yang berperisa badam dan bauan yang terhasil akan membangkitkan ghairah seksual. Selain itu, kacang badam ini juga boleh dimakan begitu saja selain menambahkan pengeluaran sperma lelaki.

Sumber: Wikipedia

Iklan Pepsi jap :-)

BLOG KHAS UNTUK SEMUA BLOGGER - LETAK BANNER KORANG & IKLAN PERCUMA

LETAK BANNER & IKLAN PERCUMA

SALAM SEMUA, ARAAZ CUMA NAK MAKLUMKN YANG ARAAZ ADA MEYEDIAKAN SATU BLOG KHAS IAITU BLOG HIMPUNAN BLOGGER MALAYSIA DAN IKLAN PERCUMA DI - http://blogger-iklaneka.blogspot.com , HARAPAN ARAAZ DENGAN WUJUDNYA BLOG YANG SEDEMIKIAN, DUNIA BLOGGER KITA AKAN LEBIH MERIAH DAN MELUAS UNTUK KITA SAMA-SAMA BERTUKAR-TUKAR MAKLUMAT, PENDAPAT , PELUANG PERNIAGAAN DLL LAGI.

SEKIRANYA KORANG BERMINAT UNTUK LETAK BANNER KORANG DI BLOG TERSEBUT, SYARATNYA SENANG JE KORANG HANYA PERLU FOLLOW BLOG ARAAZ & LETAK MAKLUMAT SEPERTI:-
NAMA BLOG:
ALAMAT BLOG:

EMAIL:


DI RUANGAN KOMEN DI SINI ATAU DI RUANGAN KOMEN http://blogger-iklaneka.blogspot.com

UNTUK IKLAN PERCUMA, KORANG HANYA PERLU EMAILKAN KOD BANNER BERSAIZ 468 X 60 px DI EMAIL ARAAZ : araaz01@gmail.com DAN ARAAZ AKAN LETAK SECEPAT MUNGKIN.

BUAT MASA NI ARAAZ AKAN MENGUMPUL SEBERAPA BANYAK BANNER BLOGGER YG ARAAZ SEMPAT LAWAT UNTUK DIMASUKKAN DLM BLOG TERSEBUT,

Monday, September 20, 2010

Khas lagu hari ni utk aweks -Moh Malam ni kita berkaraoke, best gak layan lagu ni, kali pertama layan lagu perempuan .hee

Khas lagu hari ni utk aweks -Moh kita berkaraoke, best gak layan lagu ni, kali pertama layan lagu perempuan .hee, siap ada lirik tu, dengar kata penyanyi nya nama Fynn Jamal (Sila Perbtlkn araaz yerk klu silap).

Sumber: Youtube : ticktock17ily

Virus ???? ushhh apa kes jadik camni??ehmm


ushhh apa kes jadik camni??ehmm rasanya ramai yg kena camni hari ni kan??? , sebb banyak gak blog yg araaz lawat hari ni jadik camni, dan ada yg tegur kat fb araaz yg araaz punya blog pun dapat amaran camni, ehm memang la leh masuk dengan tekan butang ignore tu, tapi tak ramai yg buat dan kebanyakkn akan terus 'skip' blog yg keluar amaran camtu..., huhu

Boleh ke aku hidup tanpa kau????


Boleh ke aku hidup tanpa kau????

Hee korang mesti dah biasa betul dengar ayat kata atas kan? Ehm biasala kalau seseorng tu dah bercinta bagai nak rak pasti perasaan dia tak tenteram sekirannya hubungan ngn kekasih hati goncang , lebih-lebih lagi kalau bercinta lama sampai bertahun-tahun, akhir sekali putus gak…huh sedih tul kalau pekrra camni jadikan?ehm araaz sebenarnya nk bg sikit tips-tips / cara-cara untuk kita melupakan seseorng tu dalam masa yg singkat, maksud araaz tak la lupa dlm berapa hari, tapi sekurang-kurangnya korang dapat kikis perasaan sayang korang yg teramat sangat tu kat sidia, dan akhir sekali korang dapat lupakn dia sepenuhnya…ehm apa lagi, kalau nk ikut, ikutla…kalau taknk suka hati korang la.hee

Tips dibawah adalah cara araaz sendiri dan yg araaz rasa berkesan sbb adalah 2-3 kwn fb araaz yg ikut cara tu.he

1. Masa Bercinta korang selalu tak perasan tentang keburukkn yg ada pada sidia, yg korang tahu semuanya indah dan elok je, maklumla cinta punya psl .sekrang ni cuba korang Cari perkara yg buruk dan menjelekkn tentang dia, cam dia ni jenis Pengotor, Pakai tak kemas dan tak kena gaya, muka serabai, muka banyak jerawat, rambut entah apa-apa stail, perangai buruk, dan apa saja la yg korang tgk kat dia, confirm lepas ni bila teringat kat dia je korang akan muntah darah..heee

2. Sibukkn diri korang ngn kerja korang sekarang atau sertai aktiviti yang berfaedah dengan menyertai pelbagai Kelab sukan.

3. Buang semua kenangan seperti barang/ hadiah-hadiah yg diberi oleh org tu, tapi kalau barang tu berharga, korang pulangkan jela kat dia , kalau dia taknk korang jual je kat sesiapa atau buat lelongan dalam fb/blog korang, sambil tu leh dapat duit..:-)

4. Buang Semua Maklumat diri org tu kat Laman sosial (sekat terus profil dia utk selamanya), blog , hp, email dan lain-lain yg seumpana ngnnya..

5. Maklumkan kat kawan-kawan rapat korang yg korang dah tak ada apa-apa ngn dia supaya kawan korang tak sebut nama dia lagi dank awn korang pun leh usha dan kenalkn org lain yg lebh baik..:-)

6. Korang kena elakkn diri daripada bersendirian , jgn dok layan jiwang ngn cara Selalu luangkn masa bersama kawan-kawan lain mana la tahu lekat sorang.

7. Mulakn kehidupan baru, korang cari je la penganti, ‘confirm’ lupa punya sebb dah ada buah hati yang baru dan leh jaga korang.hee

8. Last Sekali Korang berdoa jela kepada Allah dan dekatkn diri kepadaNya supaya diberi petunjuk dan ketenangan…

Ada banyak lagi cara untuk korang lupakn seseorng tu, tapi hanya ini jela yg araaz boleh bg yerk…yg lain tu korang fikir la sendiri asalkn ia tak memudaratkn diri korang.

Ori dari araaz